Kos Pembahagian Harta Pusaka

Peguam Syarie ASCO

ASCO Shariah

Peguam Syarie Bertauliah | Sebahagian dari ASCO Malaysia

Pembahagian Harta Pusaka hanya boleh dilaksanakan oleh beberapa agensi, entiti dan individu yang dibenarkan undang-undang. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara bidang kuasa, skop dan fi pentadbiran harta pusaka yang akan dikenakan. Dalam artikel ini anda akan mendapat maklumat mengenai;

  • Agensi yang menjalankan pentadbiran harta pusaka

  • Bidang kuasa agensi dan entiti yang menjalankan pentadbiran harta pusaka

  • Had dan skop perkhidmatan mereka

  • Formula pengiraan fi penkhidmatan 

  • Contoh cara pengiraan fi khidmat dan nilainya jika harta pusaka bernilai RM1,000,000 dan RM2,000,000.

Agensi dan entiti pentadbiran pembahagian harta pusaka
 

  • Unit Pembahagian Pusaka Kecil, PTG Negeri

  • Amanah Raya Berhad

  • ASCO Shariah (Peguam Syarie Akmal Saufi & Co)

Bidang kuasa dalam pembahagian harta pusaka
 

Bidang kuasa agensi dan entiti yang boleh menjalankan pentadbiran harta pusaka adalah bergantung kepada bentuk dan nilai harta pusaka yang ditinggalkan. Berikut adalah bidang kuasa dan skop agensi yang terlibat;

Bidang Kuasa Unit Pembahagian Pusaka Kecil

Berdasarkan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian), Unit Pembahagian Pusaka Kecil hanya boleh mentadbir pusaka bernilai tidak melebihi RM2,000,000 dan jika pusaka tersebut mempunyai harta tidak mudah alih (tanah, rumah, kedai atau pejabat).

Bidang Kuasa Amanah Raya Berhad

Berdasarkan kepada Akta Perbadanan Amanah Raya, Amanah Raya Berhad boleh membantu pentadbiran pusaka yang termasuk dalam keadaan berikut;

  • Jika pusaka bernilai kurang RM2,000,000, ia mestilah tidak mempunyai sebarang harta tidak alih; dan

  • Sebarang pusaka bernilai melebihi RM2,000,000

Bidang Kuasa ASCO Shariah

  • Sebarang pusaka di Malaysia; dan

  • Sebarang pusaka bernilai RM2,000,000

Had dan skop perkhidmatan

Untuk membolehkan proses perlaksanaan pentadbiran, pembahagian dan pengagihan berlaku dengan kemas dan teratur, adalah amat penting waris memahami bahawa skop perkhidmatan yang diberikan mengikut agensi berbeza beza. Berikut adalah skop khidmat yang diberikan;

Skop Khidmat Unit Pembahagian Pusaka Kecil

Memberi perkhidmatan mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah : Tidak

Perkhidmatan mendapatkan/mengeluarkan Probat Wasiat : Ya 

Tempoh Proses: Melebihi 12 bulan

Khidmat Pentadbiran dan agihan Pusaka: Hanya perintah akan diberikan. Ke semua harta dalam Pusaka perlu diagihkan sendiri.

Skop Khidmat Amanah Raya Berhad

Memberi perkhidmatan mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah : Tidak

Perkhidmatan mendapatkan/mengeluarkan Probat Wasiat : Ya

Tempoh Proses: Minimum 4 bulan ke 6 bulan bagi harta mudah alih dari tarikh dokumen lengkap. Minimum 12 bulan bagi harta tidak mudah alih dari tarikh dokumen lengkap

Khidmat Pentadbiran dan agihan Pusaka: Ke semua harta dalam Pusaka akan diagihkan.

Skop Khidmat ASCO Shariah

Memberi perkhidmatan mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah : Ya

Perkhidmatan mendapatkan/mengeluarkan Probat Wasiat : Ya

Tempoh Proses: Minimum 3 bulan ke 6 bulan bagi harta mudah alih dari tarikh dokumen lengkap. Minimum 9 bulan bagi harta tidak  mudah alih dari tarikh dokumen lengkap

Khidmat Pentadbiran dan agihan Pusaka: Kesemua pusaka dalam negara dalam bentuk berikut;

  1. Semua wang di bank;

  2. Semua takaful;

  3. Semua insurans;

  4. Hartanah (Satu sahaja); dan

  5. Kenderaan (Dua sahaja)

akan diagihkan berdasarkan Surat Kuasa Tadbir atau Probat.

Jika terdapat lebih dari satu hartanah atau lebih dari dua kenderaan atau asset-aset lain yang tidak disebutkan di atas, fi tambahan akan dikenakan.

Formula pengiraan fi khidmat

Fi Khidmat Unit Pembahagian Pusaka Kecil

Bagi RM1,000 pertama - RM10

Bagi RM1,001 hingga RM50,000 - RM30

Bagi RM50,001 ke atas - 0.2% dari nilai harta pusaka

Fi Khidmat Amanah Raya Berhad

Bagi RM25,000.00 pertama - 5%

Bagi baki seterusnya sehingga RM225,000.00 - 4%

Bagi baki seterusnya sehingga RM250,000.00 - 3%

Bagi baki seterusnya sehingga RM500,000.00 - 2%

Bagi baki seterusnya - 1%

Fi Khidmat ASCO Shariah

Sijil Faraid - RM3000

Probat Wasiat/Surat Kuasa Tadbir - RM5000

Pentadbiran dan Agihan Pusaka - RM3000

Contoh cara pengiraan fi pembahagian tadbir pusaka

Bagi tujuan pemahaman dan contoh pengiraan fi perkhidmatan pentadbiran harta pusaka, ia boleh dilihat berdasarkan contoh yang berikut;

Jika Harta Pusaka bernilai RM1,000,000.00, maka

a) Unit Pusaka Kecil akan mengenakan fi sebanyak RM2,000;

b) Amanah Raya Berhad akan mengenakan fi sebanyak RM27,750;

c) ASCO Shariah akan mengenakan fi sebanyak RM11,000.

Jika Harta Pusaka bernilai RM2,000,000.00, maka

a) Unit Pusaka Kecil akan mengenakan fi sebanyak RM4,000;

b) Amanah Raya Berhad akan mengenakan fi sebanyak RM37,750;

c) ASCO Shariah akan mengenakan fi sebanyak RM11,000.

Peguam Terlibat

Nur Khalis

Nur Khalis Johar Amin

Partner

  • Hartanah

  • Projek dan Pembangunan 

  • Komersial

  • Pengurusan Aset

Sektor Utama

Ahmad Solehin Peguam Syarie

Ahmad Solehin Abd Ghani

Senior Associate

  • Litigasi

  • Peguam Syarie

Sektor Utama

Nur Arifah Muhamad

Nur Arifah Muhamad Azami

Senior Associate

  • Hartanah

  • Projek dan Pembangunan

  • Pengurusan Aset

Sektor Utama

 

Mempunyai soalan atau ingin bekerjasama?

Berkenaan Kami

Legal Information

Dasar Privasi