Hartanah

Panduan Pinjaman Perumahan Kerajaan Bagi Penjawat Awam

Nur Khalis

Nur Khalis

16 Sept 2019

Tujuan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Setiap individu berhasrat mempunyai atau membeli sebuah rumahnya sendirinya dari hasil titik pelunhnya. Tetapi dengan harga yang kian mahal, tidak mungkin individu berupaya membayar dengan sepenuhnya.

Oleh itu sebagai ahli pekerja sektor awam yang berkhidmat untuk negara tercinta kerajaan berusaha untuk memastikan peluang memiliki rumah bagi sektor awam boleh dicapai.


Agensi Berkaitan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Kerajaan persekutuan melalui Lembaga Perumahan Pembiayaan Sektor Awam LPPSA yang merupakan badan berkanun di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia telah memberi mandat kepada agensi ini untuk memberikan pinjaman dan pembiayaan kepada sektor awam pada kadar yang lebih kompetitif daripada pihak swasta khas untuk sektor perkhidmatan awam. Buat suatu ketika agensi LPPSA ini dipanggil Bahagian Pinjaman Perumahan BPP.


Pemimjam Yang Dibenarkan LPPSA Untuk Memohon

Walaupun Lembaga Perumahan Pembiayaan Sektor Awam LPPSA mensasarkan untuk pemimjam sektor khidmat awam, secara spesifik ia bukan lah bermaksud kesemua individu berkhidmat di dalam sektor awam layak.


Mengikut Pekeliling Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil 1/2018 yang dikeluarkan oleh LPPSA, berikut adalah individu yang layak untuk memohon pembiayaan LPPSA;


  • Anggota perkhidmatan awam, pasukan polis, tentera

  • Anggota pentadbiran persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik

  • Anggota pentadbiran negerei iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco/Ahli MMK)

  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi

  • Anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat

  • Anggota Dewan Undangan Negeri

  • Pekerja Badan Berkanun

  • Pihak Berkuasa Tempatan


Selain dari itu, LPPSA mengenakan syarat bahawa jika seseorang individu sudah memperoleh pembiayaan (pembiayaan kali pertama), individu tersebut boleh memperoleh pembiayaan kali kedua dengan syarat pembiayaan  kali pertama tadi sudah dilangsaikan.


Nilai Pembiayaan Yang Boleh Bagi Penjawat Awam Melalui LPPSA

Nilai pembiayaan yang boleh dipohon terbahagi kepada dua keadaan iaitu;

Pertama, bagi pembiayaan hartanah pertama iaitu amaun kelayakan adalah tertakluk kepada -

a. Ansuran bulanan tidak melebihi 60 peratus daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80 peratus daripada pendapatan bersih; dan

b. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20 peratus daripada pendapatan kasar.

Kedua, bagi pembiayaan hartanah kedua , amaun kelayakan adalah tertakluk kepada:

a. Ansuran bulanan tidak melebihi 50 peratus daripda gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80 peratus daripada pendapatan bersih; dan

b. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20 peratus daripada pendapatan kasar.

Dalam nilai pembiayaan, pengiraan pembiayaan adalah termasuk harga hartanah, kos bayaran insurans/ takaful, gadai janji, insurans/ takaful pemilikan rumah kediaman dan yuran peguam.

Jenis Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Jenis pembiayaan yang dimohon mestilah bagi tujuan pembiayaan berikut;

  • Pembeliaan rumah yang telah siap

  • Pembinaan rumah di atas tanah individu yang memohon

  • Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina

  • Pembelian tanah bagi tujuan pembinaan rumah

  • Penyelesaian hutang / pembiayaan sedia ada dengan bank atau institusi kewangan bagi tujuan pembelian / pembinaan aset yang telah dinyatakan di atas

  • Pembinaan rumah kediaman di atas tanah yang dibiayai pembeliaannya oleh LPPSA

  • Pengubahsuaian rumah kediaman yang pembelian atau pembinaannya telah dibiayai kemudahan pembiayaan LPPSA.


Proses Permohonan Yang Perlu Dilakukan Pemimjam


Pertama, pemohon boleh melawat laman sesawang LPPSA di www.lppsa.gov.my.

Kedua, borang permohonan yang telah diisi perlu dicetak dan seterusnya dikepilkan bersama senarai semak permohonan pembiayaan seperti di bawah;

Ketiga, permohonan tersebut perlu dikemukakan kepada lembaga melalui Ketua Jabatan.

Proses melantik peguam bagi urusan pinjaman perumahan kerajaan


LPPSA mewajibkan lantikan peguam bagi urusan pembiayaan. Ini kerana peguam mempunyai lesen guaman untuk mengendalikan urusan berkaitan memegang wang pertaruhan (stakeholder monies) dan urusan mencagar tanah di pejabat-pejabat tanah berkaitan.

Walau bagaimanapun tidak semua peguam boleh melaksanakan proses ini kerana hanya peguam panel LPPSA dan yang sudah mendaftarkan diri dalam sistem LPPSA boleh melaksanakan proses ini. Peguam ASCO merupakan salah satu panel peguam kepada LPPSA.


Bayaran Balik Pembiayaan LPPSA


Pemimjam boleh menggunakan tiga cara bagi proses pembayaran balik pembiayaan iaitu;

  1. Pemotongan gaji

  2. Pemotongan pencen

  3. Pembayaran sendiri

Skim Bayaran Melalui Pencen dan KWSP;

Tempoh bayaran balik bagi pembiayaan kali pertama-

Pembiayaan tidak melebihi 360 bulan atau tidak melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu

Tempoh bayaran balik bagi pembiayaan kali kedua-

Pembiayaan tidak melebihi 300 bulan atau melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu

Skim Bayaran Sendiri;

Skim bayaran sendiri hanyalah bagi senario di mana individu peminjam ingin menyelesaikan pinjaman awal atau bersara awal. Ia boleh dilakukan melalui tiga kaedah iaitu;

  • Bank Deraf atas nama ‘LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM’ dan dihantar ke alamat: LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM No.9, Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya (U/P : Unit Terimaan Akaun Pinjaman);

  • Pembayaran secara transaksi perbankan online; atau

  • Melalui peguam

 

Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Tips hartanah

8 Tips Cara Beli Rumah Second Hand Pada Tahun 2021

8 Tips Cara Beli Rumah Second Hand Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah second hand pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah Pertama Pada Tahun 2021

8 Tips Cara Beli Rumah Pertama Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah pertama pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah LPPSA Pada Tahun 2021

8 Tips Cara Beli Rumah LPPSA Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah LPPSA pada tahun 2021.

SIAPA BOLEH MOHON PINJAMAN LPPSA

SIAPA BOLEH MOHON PINJAMAN LPPSA

Dapatkan maklumat berkenaan penjawat awam yang boleh memohon pinjaman atau pembiayaan LPPSA.

8 Tips Cara Beli Rumah Subsale Pada Tahun 2021

8 Tips Cara Beli Rumah Subsale Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah subsale pada tahun 2021.

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

ASCO Brand (3).png

Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjsama?

Mengenai Kami

Hub

Maklumat Perundangan

Syarikat Pemula

Hartanah

Perniagaan

© ASCO 2021 | ASCO IALAH SEBUAH FIRMA GUAMAN BERLESEN DI BAWAH PENGELOLAAN BADAN PEGUAM MALAYSIA DI BAWAH AKTA PROFESSION GUAMAN 1976 | BEYOND LEGAL SERVICES.