ASCO Law.png

AKMAL SAUFI & CO | Advocates & Solicitors

PERBEZAAN PERMOHONAN INDIVIDU DAN PERMOHONAN BERSAMA DALAM PEMBIAYAAN LPPSA

Akmal Saufi Mohamed Khaled

By

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Last updated

26 Apr 2021

Anda sebagai pengguna mempunyai dua pilihan bagi jenis pembiayaan yang anda ingin memohon iaitu, Permohonan Individu dan Permohonan Bersama.


Bilangan yang memohon pembiayaan LPPSA


Perbezaan utama bagi kedua-dua jenis permohonan ini ialah pembiayaan bersama adalah permohonan yang dibuat daripada dua atau lebih individu untuk membeli satu hartanah yang sama. Kebiasaannya, permohonan yang dibuat bersama ini adalah daripada kalangan suami dan isteri, ibu bapa bersama anak-anak.


Kriteria Penjawat Awam


Selain itu, perbezaan antara kedua jenis permohonan ini adalah apabila anda memohon permohonan bersama, pemohon utama sahaja yang diwajibkan untuk memenuhi kriteria penjawat awam bagi mendapatkan pembiayaan LPPSA manakala pemohon bersama yang berkhidmat di sektor swasta boleh mendapatkan pinjaman daripada bank.


Cara Permohonan


Seterusnya, cara permohonan bagi kedua-dua jenis adalah berbeza. Sebagai contoh, permohonan pembiayaan individu adalah seperti yang sedia ada di halaman laman utama di mana jika anda satu individu maka anda perlu klik pada permohonan individu dan anda akan diminta untuk memasukkan beberapa butiran semasa permohonan tersebut dilakukan.


Bagi pinjaman permohonan bersama ia tidak boleh berlaku bawah satu ID pengguna tetapi harus berbeza bagi kesemua pemohon. LPPSA hanya membenarkan permohonan bersama ini dibuat maksimum 4 orang pemohon.

Other reads related

8 Tips Cara Beli Rumah Second Hand Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah second hand pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah LPPSA Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah LPPSA pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah Subsale Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah subsale pada tahun 2021.

Need a lawyer or want to request for a quotation?

Notice

The contents of this publication, current at the date of publication set out above, are for reference purposes only. They do not constitute legal advice and should not be relied upon as such. Specific legal advice about your specific circumstances should always be sought separately before taking any action based on this publication.

asco law no bg

Have any other question, idea or want to work together?

About Us

Hub

Legal Information

Startup

Real Estate

Business

ASCO Law.png
Bar council logo.png

AKMAL SAUFI & CO (ASCO LAW) is a legal firm licensed under the Legal Profession Act 1976 and a member of the Malaysian Bar Council.