Hartanah

SIAPA BOLEH MOHON PINJAMAN LPPSA

Akmal Saufi

Akmal Saufi

30 Jan 2021


Pinjaman LPPSA disediakan oleh Kerajaan untuk membantu mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Jadi sudah pastinya tidak semua orang boleh memohon pembiayaan LPPSA. Pun begitu secara am terdapat perjawatan khas yang seseorang perlu tergolong dalam perkhidmatan awam. 


Hanya mereka yang menjadi sebahagian daripada perjawatan berikut saja yang boleh memohon pinjaman LPPSA. Mereka adalah merea yang terdiri daripada;


  1. Anggota Pentadbiran Persekutuan;

  2. Ahli Parlimen sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara;

  3. Hakim;

  4. Badan-Badan Berkanun;

  5. Pihak Berkuasa Tempatan;

  6. Kerajaan Negeri;

  7. Anggota Pentadbiran Negeri;

  8. Ahli Dewan Undangan Negeri;

  9. Anggota Perkhidmatan Awam;

  10. Anggota Polis; atau

  11. Anggota Tentera.


Selain dari itu, jika anda/pemohon merupakan salah seorang penjawat awam seperti di atas, anda juga harus memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-


  1. Warganegara Malaysia.

  2. Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.

  3. Sudah menerima surat pengesahan jawatan.

  4. Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.

  5. Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.

  6. Mempunyai sebuah Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah yang lengkap dan memerlukan penyaksian peguam.

  7. Bukan seorang yang:

  8. Bankrap

  9. Terlalu banyak berhutang

  10. Pemakan gaji tidak berkemampuan

  11. Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib

  12. Jika pembiayaan LPPSA itu adalah pembiayaan bersama suami isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, anda perlu memastikan kedua-dua nama yang memohon pembiayaan bersama dalam Perjanjian Jual Beli ada serta salinan sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan pemohon.


Jika anda cukup syarat di atas satu langkah lebih dekat untuk memulakan permohonan iaitu mengisi borang permohonan online pembiayaan LPPSA.

 

Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Tips hartanah

8 Tips Cara Beli Rumah Second Hand Pada Tahun 2021

8 Tips Cara Beli Rumah Second Hand Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah second hand pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah Pertama Pada Tahun 2021

8 Tips Cara Beli Rumah Pertama Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah pertama pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah LPPSA Pada Tahun 2021

8 Tips Cara Beli Rumah LPPSA Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah LPPSA pada tahun 2021.

PERBEZAAN PERMOHONAN INDIVIDU DAN PERMOHONAN BERSAMA DALAM PEMBIAYAAN LPPSA

PERBEZAAN PERMOHONAN INDIVIDU DAN PERMOHONAN BERSAMA DALAM PEMBIAYAAN LPPSA

Dapatkan penerangan berkaitan perbezaan permohonan individu dan permohonan dalam pembiayaan LPPSA.

8 Tips Cara Beli Rumah Subsale Pada Tahun 2021

8 Tips Cara Beli Rumah Subsale Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah subsale pada tahun 2021.

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

ASCO Brand (3).png

Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjsama?

Mengenai Kami

Hub

Maklumat Perundangan

Syarikat Pemula

Hartanah

Perniagaan

© ASCO 2021 | ASCO IALAH SEBUAH FIRMA GUAMAN BERLESEN DI BAWAH PENGELOLAAN BADAN PEGUAM MALAYSIA DI BAWAH AKTA PROFESSION GUAMAN 1976 | BEYOND LEGAL SERVICES.