ASCO Shariah Square.png

ASCO Shariah

Pembahagian Harta Pusaka Dengan Khidmat Peguam Berpengalaman

Laksana pembahagian harta pusaka oleh peguam bertauliah pada harga ekonomi. Dapatkan nasihat percuma hari ini.

Panduan Pembahagian Harta Pusaka

Nasihat dan panduan oleh peguam syarie dan peguam sivil sepanjang proses pembahagian harta pusaka.

Perintah Mahkamah Sivil

Mendapatkan geran probet jika ada wasiat sah atau surat kuasa tadbir jika tiada wasiat ditinggalkan.

Perolehan Sijil Faraid

Kami akan menyediakan dokumen perbicaraan dan mengelola proses mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah.

Agihan Harta Pusaka

Menyediakan surat kuasa, menghubungi agensi berkaitan dan membuat agihan pembahagian harta pusaka kepada waris yang berhak.

Hj Annuar Salleh.jpg

"Alhamdulillah. Peguam ASCO Shariah amat cekap dan berpengalaman. Kini semua waris telah mendapat bahagian masing-masing. Saya amat berpuas hati"

-Hj Annuar Salleh

Soalan Lazim Pembahagian Harta Pusaka

Apakah itu harta pusaka?

Harta pusaka adalah harta peninggalan si mati sama ada mudah alih atau tidak mudah alih.

Apa yang saya perlu ada untuk membahagikan harta pusaka?

Jika harta si mati melebihi RM2 juta, waris memerlukan perintah mahkamah sivil untuk membolehkan harta dicairkan dan diagihkan.

Harta si mati bernilai RM 2 juta ke atas. Apa perlu saya lakukan?

Sebagai waris anda perlu mendapatkan perintah mahkamah sivil serta sijil faraid dari mahkamah syariah untuk melaksanakan pembahagian wasiat.

Harta si mati bernilai RM 2 juta ke bawah. Apa perlu saya lakukan?

Sebagai waris anda boleh ke Unit Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Galian. Tetapi anda tetap perlu mendapatkan Sijil Faraid jika waris ingin melaksanakan pembahagian mengikut hukum Faraid Islam.

Adakah saya perlukan wasiat si mati untuk membuat pembahagian harta pusaka?

Jika wasiat tiada, maka perintah surat kuasa tadbir perlu didapatkan dari mahkamah sivil jika harta melebihi RM 2 juta.

Si mati meninggalkan wasiat. Adakah saya perlu ke mahkamah?

Jika ada wasiat, ada masih perlu ke mahkamah sivil untuk mendapatkan geran probet jika harta pusaka melebihi RM 2 juta.

ASCO Shariah Square.png
ASCO Shariah
Peguam Syarie | Sebahagian dari ASCO Malaysia (Akmal Saufi & Co)
Semua hak cipta terpelihara. 2019.
Perundangan
Dasar Privasi