ASCO Brand (4).png

AKMAL SAUFI & CO

Peguam LPPSA Ampang Jaya Yang Terbukti, Dipercayai Dan Berpengalaman.

ASCO adalah peguam berdaftar LPPSA yang berpengalaman dan bertauliah mengendalikan perjanjian pinjaman antara penjawat awam dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor dengan pengalaman di sektor hartanah melebihi 30 tahun. Laksanakan transaksi hartanah dengan keyakinan. Hubungi sekarang untuk konsultasi percuma.

Peguam Urusan Pinjaman LPPSA

ASCO boleh membantu anda meneliti keperluan dokumentasi, mencagar harta mengikut spesifikasi LPPSA, berurusan dengan pihak LPPSA dan seterusnya menyelia proses pinjaman LPPSA sehingga pembiayaan disalurkan kepada pihak anda dan pihak berkaitan transaksi anda.

Urusan Pihak Berkuasa Negeri

Pengalaman kami bersama pihak berkuasa sebagai peguam LPPSA membolehkan transaksi anda lancar di peringkat pejabat tanah daerah, pejabat tanah galian di peringkat negeri, jabatan penilaian dan perkhidmatan harta serta Lembaga hasil Dalam Negeri.

Kapasiti Sebagai Peguam Panel Berdaftar Bank

Selain dari peguam berdaftar LPPSA, melalui kerja yang baik kami, peguam ASCO juga merupakan peguam panel berdaftar dan ad hoc bagi pelbagai bank utama di Malaysia.

Pengendalian Proses Dengan Pelbagai Pihak

Sama ada komunikasi dengan penjual, pembeli, bank, tuan tanah, penyewa mahupun pemaju, ASCO mengambil berat setiap perkembangan dan proses transaksi anda. Apabila anda melantik ASCO, kami akan uruskan ke semua proses yang diperlukan oleh anda.

Khidmat Nasihat Pinjaman LPPSA

Bagi setiap transaksi yang akan dilakukan, kami mengambil masa untuk meneliti senario transaksi anda dan akan memberi nasihat menyeluruh agar anda sentiasa termaklum proses yang akan dilakukan kami.

Pakar Dalam Draf Perjanjian

Perjanjian Pinjaman LPPSA memerlukan proses yang spesifik mengikut prosedur LPPSA. Draf yang dirangka dengan cermat hasil penilitian transaksi terdahulu memastikan sama ada proses kelulusan dan perjanjian anda dengan pihak LPPSA teratur dan mudah.

Perlindungan Insurans Bagi Setiap Transaksi

Hak dan kepentingan anda merupakan keutamaan kami. Di ASCO kami mempunyai perlindungan insurans sebanyak RM5 juta. Ia adalah lebih dari keperluan asas insurans yang ditetapkan Majlis Peguam iaitu sebanyak RM300 ribu. Ini kerana kami percaya kepentingan pelanggan adalah keutamaan kami.

Bukan hanya sekadar Peguam LPPSA

Dari nilai hartanah RM50 ribu ke nilai hartanah melebihi Ringgit Malaysia ratusan juta, kami telah lakukannya. Peguam hartanah kami berupaya mengendalikan jual beli hartanah, sewa dan pajakan, pendaftaran MOT, pemberian hibah hartanah, pengurusan pemajuan tanah, urusan tanah TOL, merangka surat kuasa, pembuangan kaveat dan pelbagai urusan lain berkaitan hartanah.

Setiap transaksi pinjaman LPPSA yang berjaya oleh kami sebagai Peguam LPPSA adalah kebanggaan dan kebahagian kami di ASCO. Oleh sebab itu kami peka dalam proses yang perlu dilakukan untuk memberikan anda khidmat terbaik buat transaksi anda. 

Hj Annuar Salleh.jpg

"Saya menggunakan ASCO untuk hal pusaka keluarga saya. Alhamdulillah, peguam ASCO amat cekap dan berpengalaman. Kini semua waris telah mendapat bahagian masing-masing. Saya amat berpuas hati"

-Hj Annuar Salleh

Kamarul.jpg

Hasil saranan sahabat saya, saya telah menggunakan ASCO untuk proses membuat perjanjian pembiayaan rumah saya. Ia adalah nasihat terbaik rakan saya. Kini saya dan isteri tidak lagi menyewa dan mempunyai rumah sendiri"

-Kamarul Ishak

IMG_9634.JPG

"Lebih dari nasihat perundangan, peguam ASCO turut memberi nasihat berkaitan apa berlaku di pasaran saya. Mereka betul ingin Farmas Tech berjaya"

-Dr Muhammad Salehin Kornain

 CEO, Farmas Tech

Soalan Lazim Berkaitan Khidmat Peguam

Adakah semua peguam sama?

Terdapat pelbagai jenis peguam dan kepakaran mereka berbeza mengikut firma. ASCO mempunyai kepakaran memberikan khidmat guaman di bidang hartanah, perbankan dan pembiayaan, mahkamah sivil, mahkamah syariah, perniagaan & syarikat, harta pusaka dan syariah.

Bagaimana saya boleh menghubungi peguam hartanah ASCO?

Komunikasi rasmi kami adalah melalui telefon, emel dan persuratan. Anda juga boleh menghubungi kami dengan meninggalkan maklumat anda di sini.

Apakah kadar yuran dan caj guaman ASCO?

Dengan nilai-nilai yang diberikan, adakah peguam ASCO mahal? Tidak! Yuran kami adalah tertakluk kepada undang-undang Perintah Saraan Peguam 2005 bagi transaksi hartanah. Pengiraan adalah mengikut formula yang ditetapkan undang-undang. Ini bermaksud caj guaman kami adalah sama dengan peguam-peguam dari firma guaman lain melainkan disbursmen. Oleh sebab itu, kami berusaha memberi nilai yang terbaik pada harga caj guaman yang sama.

Apakah proses perlantikan ASCO sebagai peguam saya?

Sebagai sebuah firma yang menitik beratkan ketelusan, kami tidak akan memulakan perkhidmatan kami tanpa persetujuan bertulis antara anda dan pihak kami. Ini bermaksud proses perbincangan akan dilakukan dahulu secara percuma. Pihak kami akan kemudian memberi sebut harga. Jika anda bersetuju, peguam hartanah kami akan memulakan transaksi anda.

Bagaimana saya boleh semak sama ada peguam ASCO adalah bertauliah dan lesen guaman aktif?

Hanya individu yang mempunyai 'Sijil Annual' dan 'Practicing Certificate' dari Badan Peguam Malaysia di bawah Akta Profession Undang-undang 1976 boleh bertindak sebagai peguam. Peguam ASCO merupakan firma guaman yang mempunyai dokumen-dokumen sah tersebut. Anda boleh menyemak pentauliahan kami di sini.

Selain dari itu, untuk menjalankan transaksi LPPSA, hanya peguam berdaftar LPPSA sahaja yang boleh melaksanakan dokumentasi pembiayaan LPPSA. ASCO merupakan peguam berdaftar LPPSA. Anda boleh menyemak perdaftaran dan pentauliahan kami di sini.

Adakah transaksi saya dilindungi perlindungan insurans?

Bagi melindungi kepentingan anda, ASCO telah mengambil langganan perlindungan insurans sebanyak RM5 juta setiap tahun. Ini lebih dari syarat asas insurans yang dikenakan Badan Peguam Malaysia iaitu sebanyak RM300 ribu. Memberikan anda ketenangan dalam setiap transaksi anda bersama ASCO.

ASCO Brand (4).png
Akmal Saufi & Co
Beyond Legal Services | Semua hak cipta terpelihara. 2021 |
Peguam LPPSA Ampang Jaya