top of page

7 Perkara Utama Anda Perlu Lakukan Dalam Urusan Harta Pusaka

Akmal Saufi Mohamed Khaled

Oleh

AHMAD SOLEHIN ABD GHANI

Tarikh Kemaskini

27 Apr 2021

Bagaimana kita perlu menguruskan harta pusaka?


Apakah yang ditinggalkan oleh manusia apabila meninggal dunia? Harta dan waris. Dan menjadi kewajiban kepada waris untuk menguruskan harta pusaka seperti mana yang telah diajarkan dalam Islam.


Berikut merupakan langkah-langkah pengurusan harta pusaka:


1. Jaga harta si mati


Kita perlu memastikan supaya harta arwah tidak digunakan atau diagihkan kepada sesiapa, daripada sekecil-kecil harta seperti emas sehinggalah sebesar-besar harta seperti rumah dan tanah. Hal ini bagi mengelakkan kita termakan harta batil.


2. Bayar kos mengurus jenazah


Jika waris tidak mempunyai wang, harta waris perlulah digunakan bagi urusan pengkebumian. Tetapi janganlah pula kita gunakan harta arwah bagi membuat kenduri tahlil kerana ianya tidak dibenarkan. Jika ingin buat kenduri tahlil sekali pun, keluarkanlah belanja daripada poket kita sendiri.


3. Bayar hutang


Seterusnya jika arwah mempunyai sebarang hutang sama ada hutang dengan Allah atau manusia., haruslah diselesaikan terlebih dahulu. Hutang dengan Allah contohnya si arwah belum menunaikan haji, terlupa membayar zakat atau fidyah, maka perlu diselesaikan terlebih dahulu. Begitu juga bagi hutang dengan manusia atau mana-mana institusi.


4. Tuntutan harta sepencarian


Jika suami/isteri menuntut harta sepencarian, maka harus diselesaikan terlebih dahulu. Khidmat peguam diperlukan bagi proses tuntutan ini.

Baca sini untuk memahami mengenai harta sepencarian.


5. Wasiat 1/3


Jika arwah ada menyediakan wasiat untuk bersedekah kepada bukan waris, maka perlulah diberikan terlebih dahulu.


6. Muafakat


Jika semua waris setuju untuk membahagikan harta mengikut yang dipersetujui, maka harta pusaka tidak perlu diagihkan mengikut faraid. Namun perkara seperti ini jarang-jarang terjadi.


7. Mendapatkan Sijil Faraid Untuk Harta Pusaka



Untuk membolehkan pembahagian pusaka dilakukan secara sah dan dibahagikan mengikut hukum Islam maka waris perlu mendapatkan Sijil Faraid. Ini memastikan pecahan yang ditetapkan hukum boleh diikuti.


Sijil Faraid ini boleh didapatkan di Mahkamah Syariah dengan bantuan Peguam Syarie. Sijil Faraid ini sebenarnya ialah dokumen perakuan ahli waris yang beragama Islam bagi menyatakan kesahihan ahli-ahli waris yang berhak dan kadar bahagian yang diperoleh mereka.


Dengan adanya Sijil Faraid, ianya dapat mengelakkan daripada waris yang tidak berhak untuk menuntut harta arwah. Pergaduhan juga dapat dielakkan ekoran ketidakpuasan hati apabila proses pembahagian harta pusaka.


Bila kita perlu menggunakan Sijil Faraid?


Bagi permohonon tuntutan yang dibuat di Amanah Raya Berhad, Mahkamah Tinggi atau Unit Pembahagian Pusaka, Sijil Faraid perlu dilampirkan sebagai bukti. Begitu juga dengan tuntutan harta arwah di bank-bank, Lembaga Tabung Haji dan KWSP.



Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

Penulisan berkaitan

Kos Pembahagian Harta Pusaka Yang Anda Perlu Tahu

Perbandingan kos-kos pengurusan dan pembahagian harta pusaka.

6 Perkara Sebelum Agihan Harta Pusaka

Artikel ini adalah untuk membantu masyarakat melakukan penyediaan sewajarnya sebelum memulakan proses agihan harta pusaka.

asco law no bg

Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjasama?

Mengenai Kami

Hub

Maklumat Perundangan

Syarikat Pemula

Hartanah

Perniagaan

ASCO Law.png
Bar council logo.png

AKMAL SAUFI & CO (ASCO) ialah sebuah firma guaman peguam di bawah pengelolaan Badan Peguam Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.

bottom of page