top of page

Peranan Peguam Syarie

Akmal Saufi Mohamed Khaled

Oleh

AHMAD SOLEHIN ABD GHANI

Tarikh Kemaskini

27 Apr 2021

Siapakah peguam syarie?


Peguam Syarie merupakan peguam yang mempunyai bidangkuasa untuk mengendalikan kes-kes syariah di Mahkamah Syariah.


Peguam Syarie perlulah mempunyai Sijil Amalan Guaman yang sah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam di negeri yang mana Peguam Syarie tersebut beramal.


Siapakah yang layak menjadi peguam syarie?


Peguam Syarie mestilah seorang yang yang beragama Islam dan layak untuk memiliki Sijil Amalan Guaman (lesen) di sesebuah negeri.

Adalah menjadi amalan bahawa Peguam Syarie adalah seseorang yang mempunyai kelayakan, dan mendapat pengiktirafan pendidikan di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Syariah sama ada di Universiti tempatan ataupun antarabangsa.


Apakah undang-undang yang mengawal selia peguam syarie?


Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kedua, perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam adalah dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri.


Oleh itu,  Peguam Syarie ini tertakluk kepada undang-undang dibawah bidangkuasa negeri masing-masing.

Sebagai contoh, di Johor, peguam syarie dikawal selia oleh Enakmen Pentadbiran Syariah Negeri Johor.


Bila perkhidmatan peguam syarie diperlukan?



Peguam Syarie selalunya diperlukan bila mana ia berkaitan dengan isu-isu syariah.

Antaranya, sijil faraid, pengesahan hibah, penceraian (taklik, fasakh), tuntutan harta sepencarian, mutaah, hadanah dan lain-lain.


Kes-kes syariah ini hanya boleh dikendalikan oleh Peguam Syarie yang mempunyai Sijil Amalan Guaman (lesen)yang sah dan beramal di sesebuah negeri. Jika kes tersebut berlaku di Negeri Johor, hanya peguam syarie yang mempunyai Sijil Amalan Guaman yang sah di Negeri Johor sahaja yang layak untuk mengendalikan kes tersebut.


Peranan peguam syarie dalam masyarakat


Peguam Syarie mempunyai peranan dalam memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat dalam isu-isu berkaitan syariah.


Pastinya, isu-isu syariah adalah isu-isu yang dekat dengan hati-hati dan kehidupan setiap umat Islam. Namun begitu, kadang-kadang oleh kerana isu-isu syariah adalah sedikit kompleks dan teknikal, maka orang Islam sering mengenepikannya.


Maka di sini timbulnya peranan peguam syarie bagi membangkitkan kesedaran tersebut dan seterusnya membantu masyarakat melicinkan proses berkaitan isu syariah terutamanya jika berkaitan dengan proses di Mahkamah.



Cas fi peguam syarie


Fi Peguam Syarie adalah tidak tertentukan oleh mana-mana Enakmen ataupun Badan Kerajaan.


Maka dengan itu, ia adalah sepenuhnya bergantung kepada budibicara peguam syarie tersebut, ia merupakan hasil perbincangan bersama peguam-anakguam.

Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

Penulisan berkaitan

asco law no bg

Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjasama?

Mengenai Kami

Hub

Maklumat Perundangan

Syarikat Pemula

Hartanah

Perniagaan

ASCO Law.png
Bar council logo.png

AKMAL SAUFI & CO (ASCO) ialah sebuah firma guaman peguam di bawah pengelolaan Badan Peguam Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.

bottom of page