Carian Rasmi Tanah
Bidang Amalan
Hartanah

Carian rasmi tanah merupakan salah satu prosedur yang penting dan seharusnya dilakukan semasa membeli hartanah terutama sekali sewaktu membuat pembayaran deposit iaitu, sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) atau menandatangani Perjanjian PInjaman dengan pihak bank.
Ringkasan pantas
Carian rasmi tanah ialah semakan sah di Pejabat Tanah (atau portal negeri) yang mendedahkan pemilik, bebanan, kaveat dan sekatan sesuatu hartanah.
Ia penting sebelum membeli — mengesahkan pemilik sebenar dan sama ada tanah dicagar, dikaveat atau ada sekatan pindah milik.
Kos carian adalah nominal berbanding risiko membeli tanpa semakan.
Untuk makluman carian rasmi tanah tertakluk di bawah Kanun Tanah Negara 1965 / National Land Code 1965. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan lebih meluas tentang carian tanah di Malaysia agar anda dapat memahami lebih mendalam tentang kepentingan carian ini.
Kita akan membincangkan secara am:-
Apakah itu carian rasmi tanah;
Siapakah yang boleh melakukan carian rasmi;
Maklumat-maklumat yang akan anda peroleh dari melakukan carian rasmi tanah;
Dimanakah kita boleh melakukan carian tanah;
Apakah kepentingan melakukan carian rasmi;
Berapakah kos bagi melakukan carian rasmi;
Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk mendapat keputusan carian rasmi.
1. Apakah itu carian rasmi tanah
Kebiasaannya, pembeli mempunyai hak bagi mendapatkan carian tanah itu dilakukan sebelum harga rumah dibayar. Tambahan pula, carian tanah dibahagikan kepada dua kategori iaitu, carian persendirian dan carian rasmi. Anda boleh merujuk kepada Kanun Tanah Negara 1965, Seksyen 384 dan Seksyen 385. Satu-satunya perbezaan utama antara keduanya adalah apabila anda melakukan pencarian tanah persendirian berbanding dengan carian tanah rasmi, anda tidak akan mendapat sijil pencarian tanah yang disertakan dengan cop Pendaftar Tanah dan tandatangan pegawai.
2. Siapakah yang boleh melakukan carian rasmi tanah
Anda boleh melakukan carian tanah sendiri di Pejabat Tanah. Selain itu, anda juga boleh melantik seorang peguam bagi membantu anda dalam hal ini. Jika anda atau peguam anda hendak melakukan carian tanah, anda seharusnya berhubung dahulu dengan peguam bagi pemilik tanah untuk mendapatkan segala maklumat tentang harta tanah tersebut bagi melakukan carian tanah.
3. Maklumat-maklumat yang akan anda peroleh dari melakukan carian rasmi tanah
Maklumat-maklumat harta tanah adalah seperti berikut :-
Maklumat tentang Hakmilik Geran Tanah
No. Hakmilik
No. Lot
Daerah, Mukim dan Negeri
Maklumat tentang Pemilik
Nama, No Kad Pengenalan (bagi mengenalpasti pemilik bagi hartatanah tersebut)
Status Hakmilik
Sama ada Hakmilik Kekal atau Hakmlik Sementara
Caj
Sama ada hartanah tersebut dicaj bersama bank
Kaveat
Sekiranya hartanah tersebut dikenakan kaveat, anda boleh meminta peguam anda untuk membuang kaveat tersebut. Hal ini demikian kerana, apabila terdapat kaveat pada harta tanah, ia akan menghalang urusan yang berkaitan dengan harta tanah. Selain itu, meletakkan kaveat juga membawa maksud bahawa kepentingan seseorang ada pada hartanah tersebut.
4. Dimanakah kita boleh melakukan carian tanah?
Bagi kedua-dua jenis carian tanah, iaitu carian persendirian dan carian rasmi, permohonan ini harus dilakukan di Pejabat Tanah tertakluk kepada lokasi pengeluaran Hakmilik hartanah itu.
5. Apakah kepentingan melakukan carian rasmi?
Pertama sekali, kepentingan bagi melakukan carian tanah adalah untuk memastikan bahawa tiada sebarang kekangan sewaktu mendapatkan Hakmilik tanah tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kepentingan yang boleh membantu anda dalam memahami lebih mendalam dan meluas tentang sebab-sebab bagi melakukan carian tanah seperti berikut :-
Untuk memastikan status tanah dan status pemilik berdaftar. Hal ini demikian kerana, bagi memastikan bahawa pemilik berdaftar itu adalah juga merupakan penjual/vendor. Walau bagaimanapun, dalam situasi di mana pemilik berdaftar itu merupakan pemaju, pemaju tersebut mesti pemaju yang disebut di dalam Perjanjian Jual Beli.
Untuk memastikan sama ada tanah itu tertakluk kepada mana-mana syarat nyata tanah, sekatan kepentingan atau apa-apa proses pengambilalihan tanah;
Untuk memastikan sama ada terdapat sekatan kepentingan yang boleh mempengaruhi pemindahan Hakmilik kepada pembeli. Sekiranya terdapat sekatan kepentingan, peguam mesti terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada pihak berkuasa yang berkaitan (iaitu Pihak Berkuasa Negeri) untuk memindahkan hartanah kepada Pembeli;
Jika hartanah masih didaftarkan status gadaian, peguam pembeli harus meminta penyata bank dari vendor (penyata penebusan);
Untuk memastikan sama ada tanah tersebut dikenakan kaveat atau perintah larangan memindah geran; dan
Untuk memastikan sama ada tanah tersebut diambilalih oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah.
Dengan melakukan carian rasmi atau carian persendirian, peguam pembeli boleh mendapatkan segala maklumat daripada hasil carian tanah tersebut.
6. Berapakah kos bagi melakukan carian rasmi atau carian persendirian?
Kos yang perlu dibayar untuk pencarian tanah berbeza-beza di setiap negeri dan dikenakan bayaran oleh pejabat tanah rasmi. Jadual di bawah menunjukkan harga untuk setiap negeri yang harus ditanggung oleh pembeli mengikut Pejabat Tanah / Pejabat Pendaftaran setiap Negeri :-
Kuala Lumpur
RM30 (Carian Persendirian Tanah)
RM50 (Carian Rasmi Tanah)
Selangor
RM30 (Carian Persendirian Tanah)
RM50 (Carian Rasmi Tanah)
Perak
RM40 (Carian Persendirian Tanah)
RM80 (Carian Rasmi Tanah)
Pahang
RM50 (Carian Persendirian Tanah)
RM100 (Carian Rasmi Tanah)
Perlis
RM20 (Carian Persendirian Tanah)
RM50 (Carian Rasmi Tanah)
Terengganu
RM10 (Carian Persendirian Tanah)
RM20 (Carian Rasmi Tanah)
Kelantan
RM40 (Carian Persendirian Tanah)
RM120 (Carian Rasmi Tanah)
Kedah
RM30 (Carian Persendirian Tanah)
RM75 (Carian Rasmi Tanah)
Johor
RM40 (Carian Persendirian Tanah)
RM120 (Carian Rasmi Tanah)
Melaka
RM30 (Carian Persendirian Tanah)
RM50 (Carian Rasmi Tanah)
Negeri Sembilan
RM20 (Carian Persendirian Tanah)
RM40 (Carian Rasmi Tanah)
Penang
RM30 (Carian Persendirian Tanah)
RM100 (Carian Rasmi Tanah)
7. Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk mendapat keputusan carian rasmi tanah?
Hal ini bergantung kepada Pejabat Tanah itu sendiri. Walau bagaimanapun, ianya dapat dianggarkan seperti berikut: -
Carian Tanah Persendirian - minimum satu (1) hari bekerja
Carian Tanah Rasmi - minimum tujuh (7) hari bekerja
“Carian rasmi tanah ialah insurans paling murah bagi seorang pembeli. Ia mengesahkan siapa pemilik sebenar dan sama ada terdapat gadaian atau kaveat — maklumat yang tidak akan anda ketahui daripada iklan atau kata-kata penjual.” — kata Akmal Saufi Mohamed Khaled, peguam & prinsipal ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co).
Perlukan bantuan peguam untuk urusan ini?
Carian rasmi sebelum membeli melindungi anda daripada risiko tersembunyi. Pasukan peguam ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) boleh semak dokumen dan beri anggaran kos yang jelas. Hubungi ASCOLAW untuk konsultasi ringkas.
Kandungan ini untuk tujuan maklumat am sahaja dan bukan nasihat guaman. Setiap kes adalah unik. Dapatkan nasihat khusus daripada peguam berlesen sebelum bertindak.
Baca juga
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Cara Buang & Tarik Balik Kaveat Tanah: 3 Kaedah (2026)
Cara Masuk Kaveat Tanah: Langkah, Borang 19B & Kos (2026)
Apa Itu Kaveat Tanah? Maksud, Cara Masuk & Cara Buang (Panduan 2026)
Apa Itu LPPSA? Maksud, Jenis Pinjaman, Kelayakan & Peranan Peguam
Refinance Rumah LPPSA ke Bank: Cara, Syarat, Kos & Proses
Proses Beli Rumah Subsale Guna LPPSA: Langkah demi Langkah
Refinance Rumah: Kos Guaman, Dokumen & Proses Undang-undang (SRO 2023)
Loan Reject Selepas Tandatangan SPA: Apa Jadi Pada Deal & Deposit
Senarai Dokumen Jual Beli Rumah Sebelum Jumpa Peguam (Untuk Ejen)
Jual Rumah Pemilik Dah Meninggal: Apa Ejen Perlu Buat Sebelum Market