Harta Sepencarian: Apa Hak Isteri Selepas Suami Meninggal?
Bidang Amalan
Keluarga

Harta sepencarian adalah satu konsep penting dalam undang-undang keluarga Islam dan adat Melayu, terutamanya apabila berlaku kematian suami.
Bagi seorang isteri yang kehilangan suami, sangat penting untuk memahami hak-haknya terhadap harta sepencarian.
Artikel ini akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian dan bagaimana seorang isteri boleh menuntut haknya selepas suami meninggal dunia.
Apa Itu Harta Sepencarian?
Harta sepencarian merujuk kepada harta yang diperolehi secara bersama oleh suami dan isteri sepanjang tempoh perkahwinan.
Harta ini boleh terdiri daripada pelbagai jenis aset seperti rumah, kenderaan, tanah, simpanan wang dan perniagaan.
Harta yang diperolehi sebelum perkahwinan atau menerusi warisan peribadi biasanya tidak termasuk dalam harta sepencarian.
Di Malaysia, undang-undang syariah mengiktiraf hak isteri untuk menuntut harta sepencarian selepas perceraian atau kematian suami.
Tuntutan harta sepencarian adalah proses membabitka seorang isteri menuntut bahagiannya daripada harta yang diperolehi bersama sepanjang tempoh perkahwinan.
Harta Sepencarian: Hak Isteri
Selepas kematian suami, seorang isteri mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian sebelum harta berkenaan dibahagikan kepada pewaris lain sebagai harta pusaka.
Ini kerana harta sepencarian diiktiraf sebagai hak isteri yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka dilakukan mengikut hukum faraid.
Hak isteri terhadap harta sepencarian biasanya bergantung kepada sumbangan isteri sepanjang tempoh perkahwinan.
Sumbangan ini boleh bersifat kewangan seperti menyumbang kepada pembelian rumah atau perniagaan.
Ia juga boleh berupa sumbangan bukan kewangan seperti menjaga rumah tangga dan keluarga.
Dalam banyak kes, mahkamah syariah mengambil kira kedua-dua jenis sumbangan ini dalam menentukan bahagian harta sepencarian yang layak diterima isteri.
Harta Sepencarian: Proses Tuntutan Harta Sepencarian
Untuk menuntut harta sepencarian, isteri perlu memfailkan tuntutan di mahkamah syariah.
Sebelum itu, pihak isteri perlu mengenal pasti harta sepencarian dan senaraikan semua harta yang diperoleh ketika tempoh perkahwinan.
Untuk ini, isteri perlu mengumpul bukti berkaitan, termasuklah sijil perkahwinan, geran tanah, penyata bank dan bukti sumbangan kepada pemerolehan harta terbabit.
Jika perlu, isteri boleh mendapatkan nasihat perundangan dari peguam atau penasihat syariah berpengalaman.
Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma ASCOLAW di sini.
Apabila semua perkara di atas telah disediakan, isteri boleh mula membuat tuntutan sama ada di Mahkamah Syariah (bagi orang Islam) atau Mahkamah Sivil (bagi bukan Islam).
Bagi orang Islam, berikut adalah langkah umum dalam sesuatu proses tuntutan.
Permohonan Tuntutan - Isteri perlu memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah dengan menyertakan butiran mengenai harta yang dituntut dan bukti sumbangan terhadap pemerolehan harta terbabit.
Perbicaraan - Mahkamah Syariah akan mengadakan perbicaraan untuk menilai tuntutan isteri. Dalam perbicaraan ini, mahkamah akan menilai sumbangan isteri, termasuk sumbangan kewangan dan bukan kewangan serta mempertimbangkan bukti yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang terbabit.
Keputusan Mahkamah - Setelah menilai semua bukti, Mahkamah Syariah akan membuat keputusan mengenai jumlah harta sepencarian yang layak diterima isteri. Harta ini akan diberikan kepada isteri sebelum harta pusaka dibahagikan kepada pewaris lain mengikut faraid.
Harta Sepencarian: Cabaran dan Halangan
Walaupun isteri mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian, proses tuntutan ini tidak semestinya mudah.
Antara cabaran utama dan lazim ialah perselisihan dengan ahli keluarga suami yang mungkin tidak bersetuju terhadap tuntutan isteri.
Selain itu, proses perbicaraan di Mahkamah Syariah boleh mengambil masa lama, terutamanya jika terdapat pertikaian mengenai sumbangan isteri atau nilai harta yang dituntut.
Bagi mengatasi cabaran ini, isteri disarankan mendapatkan nasihat dan bantuan daripada peguam berpengalaman.
Dalam konteks ini, peguam dapat membantu isteri memahami hak-haknya serta memastikan proses tuntutan berjalan lancar serta adil.
Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma ASCOLAW di sini.
Daripada itu, dapatlah difahami bahawa harta sepencarian adalah hak isteri yang diiktiraf undang-undang syariah di negara ini.
Selepas kematian suami, isteri mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian berdasarkan sumbangannya sepanjang perkahwinan.
Menerusi persediaan yang betul dan lengkap, isteri dapat memastikan haknya terpelihara serta memperoleh bahagian yang adil daripada harta sepencarian.
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis
AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Cara Pindah Milik Rumah Selepas Cerai di Malaysia
5 Situasi Pemilik Bersama Tanah Perlukan Perintah Mahkamah di Malaysia
Debt Recovery Process in Malaysia (Proses Tuntut Hutang)
Love and Affection Transfer: Process of Giving Land or House Title to Children in 2025
Peguam Hartanah di Malaysia
Surat Kuasa Mentadbir di Malaysia
Guide to Appointing a Property Lawyer and the Cost of Fees for House and Land Purchase Transactions in 2025
Real Estate Lawyer In Malaysia
Simple Guide to Changing the Name on a Land and House Title After a Death
MyLand Malaysia System: Digital Innovation in Land and Estate Management

