Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Jom mulakan

Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Button

Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

Ini sebabnya kenapa anda tidak patut beli geran tanah lot lidi

Diterbitkan

Diterbitkan

Geran tanah lot lidi memang menyusahkan pembeli tanah. Tapi apakah itu geran tanah lot lidi dan apa sebenarnya masalahnya?

Tanah lot lidi adalah geran tanah yang nama penjualnya tidak berada dalam geran tanah tetapi penjualan tanah tersebut dilakukan secara surat ikatan amanah.

Selalunya harga tanah ini murah dan berstatus tanah pertanian.

Ia adalah berbeza dengan geran tanah lot. Geran tanah lot mempunyai nama penjual dalam geran hakmilik tanahnya.

Ramai terperangkap apabila membeli 'hak' ke atas bahagian dalam geran tanah lot lidi ini.

Antara masalah yang ada pada geran tanah lidi adalah seperti berikut;

  1. Nama pembeli lot tidak akan ada di dalam geran kerana sebilangan pemilik 'membeli' tanah ini menggunakan surat pegangan amanah atau surat ikatan amanah.

  2. Sebarang transaksi jual beli sukar untuk dilakukan secara sah keran di mata perundangan dan Akta Kanun Tanah Negara, hanya mereka yang mempunyai nama di atas geran boleh menjual atau memindahmilik sesuatu geran tanah.

  3. Pembeli tanah lot lidi tidak akan layak sebarang hak dari sudut undang-undang sebagai tuan tanah.

  4. Tidak boleh diwariskan sekiranya meninggal dunia. Ini kerana pemilikan tersebut susah untuk diturunkan kepada pewaris.

  5. Tiada sebarang pampasan oleh kerajaan. Jika terdapat sebarang pengambilalihan tanah, hanya mereka yang mempunyai nama dalam geran akan mendapat pampasan.

  6. Tidak boleh membuat pinjaman perumahan. Di pihak bank, bank tidak akan memberi pinjaman perumahan tanpa proses gadaian berjaya dilakukan. Ini memerlukan nama pemimjam berada dalam geran tanah.

  7. Tidak boleh membina rumah sendiri di atas tanah lot lidi kerana tidak boleh mendapatkan kelulusan pelan pembinaan rumah PBT. PBT perlu mengetahui pelan hak milik kita di atas tanah untuk membolehkan ia meluluskan pelan pembangunan kita.

  8. Kerajaan negeri tidak mengiktiraf tanah lot lidi. Ini memberi maksud anda tidak akan berupaya mendapatkan apa-apa pembelaan kerajaan negeri dan pejabat tanah kerana nama anda tidak di dalam geran tanah.

  9. Hak pembeli tidak dilindungi dari sudut undang-undang. Hanya nama yang berada dalam geran tanah akan dilindungi sepenuhnya di bawah Kanun Tanah Negara.

  10. Geran tidak boleh dipindahkan kepada nama pembeli. Apabila nama kita tidak di dalam geran tanah, proses Kanun Tanah Negara termasuklah proses pindahmilik tidak dapat digunakan.

  11. Pembeli lot lidi tidak mengetahui kedudukan sebenar tanah kerana belum disahkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (JUPEN)

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Bidang Amalan

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

Hak milik terpelihara. © ASCOLAW ialah sebuah firma perkhidmatan guaman oleh Tetuan Akmal Saufi & Co (No. Pendaftaran Firma 00020004166). 2014-2026
Dikawal selia Badan Guaman Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

All rights reserved. © Legal That Works is a legal service by Messrs Akmal Saufi & Co (Registration No. 00020004166). 2014-2026

Regulated by the Malaysian Bar Council under the Legal Profession Act 1976.