Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

Kesilapan besar pembeli rumah buat bila bayar wang deposit / wang cengkeram

Diterbitkan:

Diterbitkan:

Kemaskini:

Kemaskini:

Hartanah

Ditulis OLEH

Ditulis OLEH

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Selama ini anda dan pasangan anda menyewa rumah.

Setelah bertungkus lumus menyimpan duit, anda dan pasangan bersepakat bahawa anda berdua sudah mampu untuk membayar deposit untuk membeli sebuah rumah dalam harga sekitar RM400,000-RM650,000.

Merata-rata tempat anda survey rumah. Di iproperty, mudah, propertyguru dan pelbagai platform lain.

Setelah meneliti pelbagai pilihan yang ada di pasaran, terdapat satu rumah yang menambat hati anda.

Harga pun dalam sasaran yang anda mampu.

Anda whatsapp agen rumah tersebut.

Satu sesi lihat rumah secara fizikal bersama agen dan pemilik dilakukan.

Ketika tinjau rumah, ‘pemilik’ maklum ia adalah rumah international lot dan bukan lot bumi. Parking dapat untuk dua buat kereta. Maintenance semuanya tidak berhutang.

Saiz pula dimaklum 1,700 kaki.

‘Wah, bagus ini. Besar. Kalau nak jual pun mudah’ bisik hati anda.

Agen hartanah minta anda tandatangan Letter Offer dan bayar disitu juga.

Anda mohon untuk berbincang dahulu dan akan beritahu keputusan esok harinya.

Sejurus balik rumah anda pun berbincang dengan pasangan anda. Anda dan pasangan secara prinsip bersetuju inilah rumah pertama anda.

Keesokan harinya agen rumah menghubungi untuk anda tandatangan Letter Offer dan bayar wang cengkeram / earnest deposit.

Anda bersetuju untuk jumpa.

Rumah anda ingin beli adalah dalam harga RM550,000 jadi earnest deposit perlu dibayar adalah dalam RM16,500 ataupun 3% dari Purchase Price.

Anda tandatangan Letter Offer untuk beli dan bayar earnest deposit. Anda terus ‘transfer’ duit earnest deposit kepada agen tersebut.

Katanya lebih selamat dari ‘transfer’ ke pemilik rumah.

Setelah sebulan agen hartanah senyap sahaja.

Anda cuba hubungi pemilik rumah.

Nasib baik nombor telefonnya betul. Jadi anda mohon untuk teruskan transaksi. Pemilik tersebut bersetuju, cumanya beliau maklum bahawa beliau masih tidak terima lagi duit earnest deposit.

Anda kusut.

Anda dapatkan peguam untuk cari cara bagaimana untuk lengkapkan transaksi.

Apabila peguam buat semakan rupanya rumah tersebut adalah rumah di bawah harta pusaka.

Ia bukan milik pemilik itu 100%.

Selain dari itu size rumah itu sebenarnya adalah lebih kecil iaitu 1200 kaki dan berstatus Lot bumi.

Malah bila dibuat carian geran tanah rupanya ‘pemilik’ itu juga bukanlah pentadbir kepada harta pusaka tersebut tetapi rupanya adalah salah seorang dari 6 orang waris yang layak ke atas rumah itu.

Dan urusan melantik pentadbir pun belum selesai.

Lebih memeningkan ‘pemilik’ itu rupanya seorang bankrupt.

Apabila dihubungi semua waris mereka tidak bersetuju harga tersebut.

Mereka mahu RM700,000 sebagai harga jualan Purchase Price.

Semakan yang dibuat oleh peguam juga mendapati bahawa agen rumah tadi rupanya bukanlah agen hartanah berlesen.

Beliau pinjam lesen agen hartanah orang lain.

Habis duit cengkeram yang dibayar hangus.

Pasangan anda pun marah kerana duit ini anda kumpul sama-sama.

Impian musnah berkecai.

Inilah antara senario-senario yang berlaku apabila kita terlalu tergesa-gesa membuat keputusan tanpa membuat usul periksa dan semakan ke atas geran tanah dan pemilik yang ingin menjual rumah.

Antara isu-isu lain juga yang kerap berlaku juga adalah;

  1. Rumah dibina di atas tanah yang tidak bergeran;

  2. Rumah dan tanah yang ingin dijual tanah TOL;

  3. Rumah di atas geran lidi; dan

  4. Pemilik rumah naikkan harga apabila ingin menandatangani perjanjian SPA;

Elak perkara-perkara ini dari berlaku.

Sebelum anda membuat sebarang bayaran kepada agen hartanah mahupun pemilik, lakukan semakan ke atas pemilik dan geran tanah tersebut.

Ini memastikan anda ketahui keseluruhan cerita sebenar geran dan transaksi anda.

Lagi elok bayar fi yang kecil untuk buat semakan dengan lantik peguam dari rugi puluhan ribu ringgit hanya kerana nak ‘berjimat’.

Jika anda tidak mahu ditipu dan mahu membuat semakan sebelum membuat sebarang bayaran kepada agen atau pemilik rumah, baca ini.

Tags:

Sebelum Tandatangan Borang Tempahan (Booking Form) — Buat Semakan Ini Dahulu

Cerita di atas boleh dielakkan sepenuhnya dengan satu tabiat: jangan tandatangan apa-apa atau bayar apa-apa sebelum semakan asas dibuat. Berikut senarai yang patut anda semak — atau minta peguam semak untuk anda — sebelum menandatangani Letter Offer / booking form dan sebelum membayar wang cengkeram:

  1. Sahkan siapa pemilik sebenar — buat carian rasmi tanah untuk pastikan nama pada geran sepadan dengan orang yang anda berurusan. Jika hartanah itu harta pusaka, pastikan pentadbir/waris yang sah sudah dilantik secara rasmi sebelum sebarang bayaran dibuat.

  2. Buat semakan insolvensi (carian kebankrapan) ke atas penjual atau pentadbir harta pusaka — kos sekitar RM20 sahaja, tetapi boleh selamatkan anda daripada deal yang tergendala atau batal sepenuhnya jika pihak berkenaan bankrap.

  3. Sahkan saiz dan status geran sebenar — jangan bergantung semata-mata pada maklumat lisan ejen atau pemilik. Carian rasmi tanah akan sahkan keluasan sebenar, status geran (individu, strata, TOL, lidi) dan sama ada ada cagaran/kaveat.

  4. Sahkan pendaftaran ejen hartanah di laman LPPEH — pastikan nombor REN sah dan ejen benar-benar berlesen, bukan meminjam lesen orang lain.

  5. Jangan bayar wang cengkeram terus kepada ejen — bayaran patut disalurkan melalui akaun stakeholder peguam atau terus kepada pemilik sah, bukan akaun peribadi ejen.

  6. Lantik peguam sebelum tandatangan, bukan selepas — fi carian dan semakan awal jauh lebih murah berbanding kerugian jika deal terputus di tengah jalan.

Soalan Lazim

Kepada siapa patut saya bayar wang cengkeram (earnest deposit)?

Sebaik-baiknya melalui akaun stakeholder peguam, atau terus kepada pemilik sah yang telah disahkan melalui carian rasmi tanah — bukan kepada akaun peribadi ejen hartanah.

Macam mana nak tahu penjual seorang bankrap sebelum saya bayar apa-apa?

Minta peguam buat semakan insolvensi (carian kebankrapan) — kos sekitar RM20 sahaja, dan boleh dilakukan sebelum anda tandatangan apa-apa dokumen.

Bolehkah saya minta masa untuk buat semakan sebelum tandatangan Letter Offer?

Boleh, dan patut anda minta. Ejen atau pemilik yang menekan anda tandatangan serta-merta tanpa membenarkan sebarang semakan adalah tanda amaran — rujuk juga panduan kami tentang tanda ejen cuba kawal keputusan anda.

Perlukan bantuan sebelum tandatangan?

Lebih baik luangkan sedikit masa dan kos untuk semakan awal berbanding kehilangan wang cengkeram yang telah dikumpul bertahun. Pasukan peguam ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) boleh bantu buat carian dan semakan sebelum anda tandatangan apa-apa. Hubungi kami untuk semakan awal.

Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat am sahaja dan bukan nasihat guaman. Setiap kes adalah unik. Dapatkan nasihat khusus daripada peguam berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan.

Baca juga

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Penulis

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Managing Partner & Founder

Akmal mengetuai Legal That Works dan ASCOLAW dengan naluri komersial yang tajam dan kepakaran digital—membimbing pengasas syarikat melalui urusan perniagaan, tadbir urus, dan automasi. Beliau menggabungkan undang-undang, teknologi, dan strategi untuk memberikan kejelasan, pertumbuhan, dan impak sebenar kepada pemilik perniagaan yang berazam.

Akmal mengetuai Legal That Works dan ASCOLAW dengan naluri komersial yang tajam dan kepakaran digital—membimbing pengasas syarikat melalui urusan perniagaan, tadbir urus, dan automasi. Beliau menggabungkan undang-undang, teknologi, dan strategi untuk memberikan kejelasan, pertumbuhan, dan impak sebenar kepada pemilik perniagaan yang berazam.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.