Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Jom mulakan

Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Button

Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

Langkah-langkah Memfailkan Tuntutan Harta Pusaka di Mahkamah Syariah

Diterbitkan

Diterbitkan

Harta Pusaka: Sijil Kematian

Harta Pusaka: Dokumen-Dokumen Sokongan

Harta Pusaka: Perintah Faraid

Harta Pusaka: Pengesahan Waris

Harta Pusaka: Pembahagian Harta

Harta Pusaka: Pastikan Hak Setiap Waris

Proses tuntutan harta pusaka di Mahkamah Syariah adalah satu daripada langkah penting yang perlu diambil oleh waris-waris si mati untuk memastikan harta yang ditinggalkan dibahagikan mengikut hukum dan kaedah syarak.

Setiap langkah ini memerlukan pemahaman mendalam bersabit prosedur undang-undang agar proses tuntutan berjalan lancar dan hak setiap waris dapat dipenuhi.

Berikut adalah panduan umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh waris dalam memfailkan tuntutan harta pusaka di Mahkamah Syariah.


Harta Pusaka: Sijil Kematian

Langkah pertama dalam tuntutan harta pusaka adalah mendapatkan sijil kematian si mati. Dokumen ini bukti sah seseorang itu telah meninggal dunia. Ia perlu untuk memulakan sebarang urusan berkaitan dengan harta pusaka.

Sijil kematian boleh didapati daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau pihak hospital di mana si mati disahkan meninggal dunia.

Harta Pusaka: Dokumen-Dokumen Sokongan

Setelah mendapatkan sijil kematian, waris perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memfailkan tuntutan di Mahkamah Syariah.

Antara dokumen yang perlu dikemukakan ketika menfailkan tuntutan adalah:

  • Sijil kematian si mati

  • Senarai waris yang layak

  • Senarai penuh harta pusaka yang dimiliki si mati (termasuk harta alih dan tidak alih)

  • Salinan kad pengenalan waris

Semua dokumen ini penting untuk memastikan tuntutan dibuat secara betul dan tepat. Kegagalan menyediakan dokumen yang lengkap boleh menyebabkan kelewatan dalam proses tuntutan.

Harta Pusaka: Perintah Faraid

Langkah seterusnya adalah memohon Perintah Faraid di Mahkamah Syariah.

Faraid adalah kaedah pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan di dalam al-Quran.

Untuk mendapatkan Perintah Faraid, waris perlu membuat permohonan rasmi di Mahkamah Syariah dengan mengemukakan dokumen sokongan yang sepatutnya.

Permohonan ini bertujuan untuk mengesahkan siapa waris yang berhak mewarisi harta dan bagaimana pembahagian harta terbabit perlu dibuat.

Harta Pusaka: Pengesahan Waris

Mahkamah Syariah akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti semua waris si mati. Ini dilakukan menerusi perbicaraan. Semua waris berkenaan akan dipanggil untuk hadir perbicaraan terbabit.

Mahkamah akan meneliti semua bukti yang diberikan sebelum membuat keputusan mengenai waris yang layak menerima harta pusaka.

Setelah pengesahan waris dibuat, mahkamah akan mengeluarkan Sijil Perintah Faraid yang menetapkan pembahagian harta mengikut hukum syarak.

Harta Pusaka: Pembahagian Harta

Selepas memperoleh Sijil Perintah Faraid, langkah terakhir adalah melaksanakan pembahagian harta mengikut perintah berkenaan.

Waris boleh memilih untuk membahagikan harta secara terus berdasarkan peratusan yang ditetapkan dalam perintah.

Waris boleh mencapai persetujuan bersama jika ada keperluan untuk penyesuaian dalam pembahagian.

Contohnya, jika terdapat aset yang sukar dibahagikan secara fizikal seperti rumah, waris boleh bersetuju untuk menjual harta terbabit dan membahagikan hasil jualan mengikut faraid.

Harta Pusaka: Pastikan Hak Setiap Waris

Proses tuntutan harta pusaka di Mahkamah Syariah adalah suatu langkah penting yang memerlukan ketelitian dan pemahaman berhubung undang-undang pusaka Islam.

Waris-waris perlu memastikan semua dokumen disediakan secara lengkap dan mematuhi setiap prosedur ditetapkan mahkamah.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, pembahagian harta pusaka dapat dilakukan secara adil mengikut hukum syarak.

Ini bagi memastikan setiap waris menerima hak yang sepatutnya tanpa sebarang konflik atau perselisihan.

Baca juga

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Bidang Amalan

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

Hak milik terpelihara. © ASCOLAW ialah sebuah firma perkhidmatan guaman oleh Tetuan Akmal Saufi & Co (No. Pendaftaran Firma 00020004166). 2014-2026
Dikawal selia Badan Guaman Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

All rights reserved. © Legal That Works is a legal service by Messrs Akmal Saufi & Co (Registration No. 00020004166). 2014-2026

Regulated by the Malaysian Bar Council under the Legal Profession Act 1976.