Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Jom mulakan

Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Button

Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

Melantik Peguam Hartanah

Diterbitkan

Diterbitkan

PENTING! Proses anda akan lalui apabila membuat urusan hartanah dengan peguam hartanah.

Salah satu perkara yang selalunya masyarakat risaukan apabila mahu melantik peguam adalah kerana takut akan kos yang mungkin perlu dibayar.

Lagi-lagi apabila kos tersebut datang mengejut.

Selain dari itu masyakat risau apabila tidak mendapat gambaran penuh proses apa yang terlibat dan terpakai.

Ini menyebabkan rasa terkapai-kapai dan tertanya-tanya bila lah agaknya transaksi akan selesai.

Tetapi melaksana transaksi hartanah dengan peguam ASCO Law adalah mudah dan jelas.

Ini kerana kami mahu memastikan anda jelas dengan proses yang akan anda lalui serta kos yang perlu ditanggung.

Kami faham, transaksi hartanah sudah pasti sangat penting buat anda.

Atas sebab itu jika ia tidak dilaksana dengan baik anda akan mengalami kerugian wang ringgit dan masa.

Apatah lagi jika hartanah tersebut adalah hasil penat lelah anda bekerja atau dari harta pusaka ahli keluarga tersayang anda.

Jika anda melantik ASCO Law dalam transaksi hartanah, ini adalah proses yang akan anda dilalui.

LANGKAH PERTAMA: HUBUNGI PEGUAM UNTUK KONSULTANSI

Setelah meninggalkan maklumat di website kami atau menghubungi mana-mana peguam kami, kami akan menghubungi anda.

Anda akan melalui proses konsultansi awalan secara percuma bersama peguam ASCO Law untuk mengenal pasti masalah dan prosedur am transaksi yang diperlukan bagi mencapai objektif transaksi hartanah anda.

Kami juga akan membuat semakan sama ada anda mempunyai dokumen mencukupi bagi transaksi anda inginkan sebelum menyediakan sebut harga kepada anda.

LANGKAH KEDUA: PERSETUJUAN KOS PEGUAM DAN LANTIKAN PEGUAM

Setelah anda sudah bersepakat tentang perkara yang ingin dilaksanakan serta dokumen anda sudah lengkap, Peguam ASCO Law akan memberikan sebut harga untuk semakan dan persetujuan anda,

Jika anda bersetuju dengan fi guaman yang akan dikenakan serta kos-kos lain berkaitan, deposit perlu dibayar sebagai tanda setuju dan ASCO Law akan membuka file bagi transaksi anda.

Anda akan dipadankan dengan peguam kami yang akan ditugaskan menguruskan transaksi anda dari awal dan akhir.

Peguam ASCO Law ini akan menjadi 'fokal point' atau sumber utama bagi maklumat perkembangan transaksi anda.

LANGKAH KETIGA: PROSEDUR LANJUT TERPAKAI BAGI TRANSAKSI ANDA

Ketika ini proses penyediaan dokumen berkaitan telahpun dimulakan. Jika perlu anda akan dimaklumkan tentang sebarang proses perundangan lain yang mungkin terlibat.

LANGKAH KEEMPAT: RUNDINGAN DALAM TRANSAKSI HARTANAH

Jika transaksi melibatkan pihak lain, peguam ASCO Law akan berkomunikasi dengan pihak lagi satu. Ini mungking pembeli/bank/pihak berkuasa atau lain-lain institusi yang berkaitan dengan transaksi anda.

Jika ada perjanjian yang terlibat atau ada proses perundingan diperlukan, kami akan berkomunikasi bagi pihak anda dan memaklumkan perkembangan rundingan dan mendapatkan persetujuan anda berkenaan terma-terma rundingan.

LANGKAH KELIMA: PROSES TANDATANGAN DOKUMEN

Setelah selesai perundingan dan penyediaan dokumen, anda dan pihak berkaitan akan menandatangi dokumen dan proses semakan serta penyediaan untuk diberikan kepada pihak berkuasa dimulakan.

Jika proses transaksi melibatkan bayaran kepada pihak berkuasa seperti cukai duti setem, bayaran pendaftaran atau bayaran lain yang terpakai, maka anda akan dimaklumkan.

LANGKAH KEENAM: SELESAI TRANSAKSI HARTANAH

Selesai!

Kini anda boleh meneruskan kehidupan anda dengan mengetahui bahawa transaksi hartanah anda telah selesai. Jika ada dokumen yang terlibat, kami akan memberikannya kepada anda.

Baca juga

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Bidang Amalan

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

Hak milik terpelihara. © ASCOLAW ialah sebuah firma perkhidmatan guaman oleh Tetuan Akmal Saufi & Co (No. Pendaftaran Firma 00020004166). 2014-2026
Dikawal selia Badan Guaman Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

All rights reserved. © Legal That Works is a legal service by Messrs Akmal Saufi & Co (Registration No. 00020004166). 2014-2026

Regulated by the Malaysian Bar Council under the Legal Profession Act 1976.