Siapa Boleh Mohon Pinjaman LPPSA (Loan Kerajaan) 2022
•
Perbankan & Pembiayaan


Pinjaman LPPSA disediakan oleh Kerajaan untuk membantu mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Jadi sudah pastinya tidak semua orang boleh memohon pembiayaan LPPSA. Pun begitu secara am terdapat perjawatan khas yang seseorang perlu tergolong dalam perkhidmatan awam.
Hanya mereka yang menjadi sebahagian daripada perjawatan berikut saja yang boleh memohon pinjaman LPPSA. Mereka adalah merea yang terdiri daripada;
Anggota Pentadbiran Persekutuan;
Ahli Parlimen sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara;
Hakim;
Badan-Badan Berkanun;
Pihak Berkuasa Tempatan;
Kerajaan Negeri;
Anggota Pentadbiran Negeri;
Ahli Dewan Undangan Negeri;
Anggota Perkhidmatan Awam;
Anggota Polis; atau
Anggota Tentera.
Selain dari itu, jika anda/pemohon merupakan salah seorang penjawat awam seperti di atas, anda juga harus memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
Warganegara Malaysia.
Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
Borang permohonan dikemukakan semasa pemohon masih berkhidmat (belum bersara/tamat perkhidmatan).
Mempunyai sebuah Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah yang lengkap dan memerlukan penyaksian peguam.
Bukan seorang yang:
Bankrap
Terlalu banyak berhutang
Pemakan gaji tidak berkemampuan
Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
Jika pembiayaan LPPSA itu adalah pembiayaan bersama suami isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, anda perlu memastikan kedua-dua nama yang memohon pembiayaan bersama dalam Perjanjian Jual Beli ada serta salinan sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan pemohon.
Jika anda cukup syarat di atas satu langkah lebih dekat untuk memulakan permohonan iaitu mengisi borang permohonan online pembiayaan LPPSA.
Baca juga
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis
AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Rumah Masih Ada Loan Bank: Boleh Dimasukkan Dalam Perjanjian Harta Sepencarian?
Jual Rumah Masih Ada Loan Bank: Apa Penjual Perlu Tahu Tentang Redemption?
Dah Jumpa Rumah Nak Beli Guna LPPSA — Apa Langkah Seterusnya?
LPPSA Dah Lulus: Apa Proses Guaman Seterusnya Untuk Pembelian Rumah?
Apa Jadi Jika Pembiayaan LPPSA Kurang Daripada Harga Rumah?
Patut Semak Kelayakan LPPSA Dulu atau Cari Rumah Dulu?
LPPSA vs Bank Loan: Mana Lebih Sesuai Untuk Penjawat Awam Beli Rumah?
SPA vs Dokumentasi LPPSA: Apa Bezanya Dalam Pembelian Rumah?
Berapa Legal Fee Untuk Pembelian Rumah Menggunakan LPPSA?
Beli Rumah Subsale Dengan LPPSA: Apa Yang Peguam Akan Urus?

