Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Jom mulakan

Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Button

Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

Siasatan Bagi Penjualan Aset Hartanah Bernilai RM2 Juta & Ke Atas Di Selangor

Diterbitkan

Diterbitkan

Jika anda ada niat untuk menjual rumah atau aset hartanah bernilai RM2 juta dan ke atas, anda perlu ambil maklum bahawa dalam proses transaksi pindahmilik geran kelak antara penjual dan pembeli, sebuah siasatan akan dilaksanakan sebelum geran tanah boleh didaftarkan atas nama pembeli. Proses ini adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan dan jika tidak dilaksanakan atau gagal akan mengakibatkan transaksi anda akan tergantung.

Bila Siasatan Transaksi Pembelian Bagi Aset Bernilai RM2juta dan ke atas akan dilakukan?

Jika anda ingin menjual hartanah bernilai RM2 juta dan ke atas dalam negeri Selangor, siasatan akan dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah sebelum anda boleh menukarkan nama anda iaitu Vendor (Penjual) ke atas nama pembeli.

Tujuan Siasatan Bagi Penjualan Hartanah Bernilai RM2juta

Siasatan ini merupakan proses yang penting agar penjual dan pembeli mengetahui akan transaksi yang mereka terlibat dan memastikan segala maklumat penting seperti sumber pendapatan, tujuan transaksi serta tiada elemen penipuan berlaku.

Siapakah Yang Akan Melaksanakan Siasatan Transaksi Hartanah Ini?

Siasatan ini akan dilakukan oleh Penolong Pentadbir Tanah.

Siapakah Yang Akan Disoal Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Ini?

Antara pihak dan individu yang akan disoal adalah seperti berikut;

  • Penjual (Vendor)

  • Pembeli (Purchaser)

  • Peguam Penjual

  • Peguam Pembeli

Persediaan Yang Rapi Diperlukan Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta

Dalam siasatan ini adalah amat penting untuk anda bersedia dari segi jawapan dan dokumen yang diperlukan agar membolehkan anda bergerak satu langkah lebih dekat untuk mendapatkan hak pemilikan secara sah ke atas hartanah yang anda beli. Peguam anda akan membantu anda untuk menyediakan dokumentasi yang diperlukan.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta

Antara dokumen yang diperlukan dalam siasatan transaksi hartanah ini yang perlu disediakan adalah;

  1. Salinan geran berkenaan hartanah tersebut

  2. Salinan perjanjian jual beli antara penjual dan pembeli berkenaan hartanah tersebut

  3. Salinan Borang MOT 14A yang sudah tandatangani kedua belah pihak

  4. Sijil Setem LHDN bagi Surat Cara MOT 14A

  5. Salinan Dokumen Pengesahan Pembeli/Penerima Biometrik

  6. Salinan Surat Setuju & Arahan Lepas Wang Pinjaman kepada Peguam Penjual sebagai pemegang taruhan (jika Pembeli membuat pinjaman)

  7. Salinan cukai pintu (jika rumah/bangunan) & cukai tanah terbaru

  8. Salinan Kad Pengenalan Penjual dan Pembeli

Anda juga diingatkan untuk meminta peguam anda hadir. Peguam yang dilantik perlu membawa Cop Firma.

Apakah Dokumen Yang Akan Dikaji Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta

Ketika siasatan, pegawai akan melihat perkara ini;

  • Kad Pengenalan Penjual

  • Kad Pengenalan Pembeli

  • Salinan Biometrik Penjual

  • Salinan Biometrik Pembeli

  • Salinan Borang 14A MOT

  • Geran Asal

Apakah Antara Soalan Yang Selalunya Akan Ditanya Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta

Ketika siasatan, pegawai akan menanyakan soalan berikut;

A. Soalan Kepada Penjual Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta dan ke atas

  1. Apakah bidang perniagaan atau kerjaya penjual

  2. Siapa mewakili Penjual

  3. Adakah Penjual tahu urus niaga dan transaksi yang berlaku. Anda perlu kemukakan bukti

  4. Berapakah nilai transaksi

  5. Tujuan transaksi oleh Penjual

B. Soalan Kepada Pembeli Dalam Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta dan ke atas

  1. Apakah bidang perniagaan atau kerjaya pembeli

  2. Siapa mewakili Pembeli

  3. Adakah Pembeli tahu urus niaga dan transaksi yang berlaku. Anda perlu kemukakan bukti. Pinjaman bank. Bank apa. Bayaran telah dibuat.

  4. Berapakah nilai transaksi

  5. Tujuan transaksi oleh Pembeli

Dokumen Perlu Anda Dapat Setelah Siasatan Transaksi Hartanah Bernilai RM2 Juta dan Ke Atas Berjaya

Di akhir siasatan ini, anda akan menerima satu salinan Borang Siasatan Bagi Urusan Pindah Milik Tanah. Salinan itu akan diakui sah oleh pegawai yang menyiasat anda. Dokumen ini penting bagi membolehkan langkah seterusnya dilaksanakan iaitu pendaftaran pembeli ke atas geran tanah.

Jika anda memerlukan bantuan atau peguam bagi transaksi anda, peguam ASCO Law sedia membantu.

Baca juga

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Bidang Amalan

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

Hak milik terpelihara. © ASCOLAW ialah sebuah firma perkhidmatan guaman oleh Tetuan Akmal Saufi & Co (No. Pendaftaran Firma 00020004166). 2014-2026
Dikawal selia Badan Guaman Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

All rights reserved. © Legal That Works is a legal service by Messrs Akmal Saufi & Co (Registration No. 00020004166). 2014-2026

Regulated by the Malaysian Bar Council under the Legal Profession Act 1976.