Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Jom mulakan

Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Button

Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

Terma Penting Dalam Perjanjian Jual Beli Rumah Anda Perlu Tahu

Diterbitkan

Diterbitkan

Apabila anda ingin melaksanakan transaksi proses beli rumah, walaupun anda mempunyai seorang Peguam Hartanah Pembeli yang akan melaksanakannya peranannya, adalah amat penting untuk anda juga memahami dokumen yang akan anda tandatangani terutamanya Perjanjian Beli Rumah/Perjanjian Jual Beli Rumah ataupun yang selalunya dipanggil sebagai SPA (Sale and Purchase Agreement atau SNP (Sale and Purchase)

Bagi artikel kali ini kami Peguam ASCOLAW akan sepintas lalu menjelaskan terma-terma yang selalunya kita akan jumpa dalam Perjanjian Beli Rumah.

Anda boleh lihat terma yang digunakan dalam Perjanjian di dalam jadual di bawah;

No

Terma

Penjelasan

1

Perjanjian tersebut

Selalunya bermaksud perjanjian jual beli tersebut.

2

Pemilik Berdaftar, Pihak Penjual atau Vendor

Pihak yang menjual hartanah dalam perjanjian dan mempunyai hak pemilikan ke atas hartanah tersebut.

3

Pihak Pembeli

Pihak yang ingin membeli hartanah dalam perjanjian.

4

Harta

Aset jual beli yang dibuktikan pemilikannya melalui Geran Tanah atau Surat Ikatan Penyerahan.

5

Hakmilik Induk atau Geran Tanah

Geran yang menyatakan maklumat pemilikan hartanah tersebut.

6

Surat Ikatan Penyerahan

Dokumen bukti pemilikan Harta bagi senario di mana Geran Tanah belum dikeluarkan.

7

Waad-waad

Tanggungjawab ataupun janji.

8

Harga Belian

Nilai bayaran penuh yang perlu dibayar oleh Pihak Pembeli bagi tujuan pembelian Hartanah.

9

Deposit

Sebahagian daripada nilai Harga Belian yang perlu dibayar oleh pihak Pembeli ketika menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah.

10

Duit muka, deposit awalan, wang pendahuluan, wang cengkeram

Bayaran awal yang merupakan sebahagian daripada Deposit yang perlu dibayar oleh Pihak Pembeli sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah sebagai tanda persetujuan antara Pihak Penjual dan Pihak Pembeli untuk memulakan proses transaksi Perjanjian Jual Beli Rumah dan Pihak Penjual tidak akan memberi peluang pihak ketiga untuk membeli Harta tersebut sehingga proses jual beli selesai (atau sebab-sebab lain).

11

Baki deposit

Baki bayaran setelah menolak nilai Deposit Awalan dari nilai Deposit yang akan dibayar oleh Pihak Pembeli pada ketika Perjanjian Jual Beli Rumah ditandatangani oleh Pihak Penjual dan Pihak Pembeli.

12

Baki Harga Belian

Jumlah wang yang perlu dibayar setelah menolak nilai Deposit daripada nilai Harga Belian. Terma pembayaran adalah mengikut terma Perjanjian Jual Beli Rumah.

13

Tempoh Penyempurnaan

Tempoh masa yang dipersetujui untuk melengkapkan proses pemindahan hakmilik Harta dari Pihak Penjual ke atas nama Pihak Pembeli dari tarikh yang dipersetujui antara kedua bela pihak. Tempoh masa ini selalunya bermula dari tarikh Perjanjian Jual Beli Rumah ditandatangani dengan lengkap oleh Pihak Penjual dan Pihak Pembeli atau tarikh di mana.

14

Suratcara Pindah Milik

Borang Memorandum of Transfer 14A Kanun Tanah Negara yang akan digunakan untuk memindahmilik pemilikan tanah dari Vendor kepada Pembeli.

15

Pembiayaan

Kemudahan pinjaman atau pembiayaan oleh institutsi kewangan yang mungkin dimohon oleh Pembeli untuk membiayai pembelian Harta dalam Perjanjian Jual Beli.

16

Kaveat

Bermaksud sebuah sekatan yang didaftarkan ke atas Geran Tanah untuk menghalang sebarang transaksi kepada Harta tersebut. Bagi tujuan Perjanjian Jual Beli Rumah ia akan didaftarkan oleh Peguam Pembeli.

17

Kegagalan Pembeli

Suatu keadaan dimana Pembeli gagal untuk menyempurnakan dan menyelesaikan transaksi jual beli rumah dalam masa yang dipersetujui antara Vendor dan Pembeli. Salah satu contoh Kegagalan Pembeli adalah kegagalan untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembelian rumah bagi transaksi Perjanjian tersebut.

18

Kegagalan Penjual

Suatu keadaan dimana Penjual gagal untuk menyempurnakan dan menyelesaikan transaksi jual beli rumah dalam masa yang dipersetujui antara Penjual dan Pembeli. Salah satu contoh Kegagalan Penjual adalah kegagalan untuk menyediakan Geran Tanah bagi tujuan pendaftaran Surat Cara Pindah Milik,

19

Pemilikan Kosong

Ini bermaksud penyerahan Harta kepada Pembeli dari Penjual. Penyerahan Pemilikan Kosong boleh berlaku dalam keadaan tiada penghuni di atas Harta tersebut atau dalam keadaan 'as is where is basis' iaitu dalam keadaan semasa Harta tersebut.

20

Cukai Keuntungan Harta Tanah - CKHT

Ini merupakan cukai yang perlu ditanggung oleh Penjual bagi sebarang keuntungan yang diperoleh dari penjualan Harta tersebut. Pembayaran CKHT ini akan dilaksanakan dengan Pembeli mengambil sebahagian dari Harga Belian iaitu sebanyak 3% dan dibayarkan terus kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

21

Duti Setem

Cukai taksiran Perjanjian tersebut yang perlu dibayar Pembeli kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

22

Penalti Kelewatan

Penalti yang dikenakan bagi sebarang kelewatan oleh mana-mana pihak dalam melaksanakan proses Penyempurnaan Pindah Milik.

Ingat!

Pastikan anda mengambil kira semua perkara dan memahami impak setiap terma sebelum menandatangani apa-apa perjanjian.

Baca juga tips kami bagi transaksi beli rumah.

Baca juga

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Bidang Amalan

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

Hak milik terpelihara. © ASCOLAW ialah sebuah firma perkhidmatan guaman oleh Tetuan Akmal Saufi & Co (No. Pendaftaran Firma 00020004166). 2014-2026
Dikawal selia Badan Guaman Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

All rights reserved. © Legal That Works is a legal service by Messrs Akmal Saufi & Co (Registration No. 00020004166). 2014-2026

Regulated by the Malaysian Bar Council under the Legal Profession Act 1976.