top of page
ASCO Law.png

AKMAL SAUFI & CO | Advocates & Solicitors

Kos Pembahagian Harta Pusaka Yang Anda Perlu Tahu

Akmal Saufi Mohamed Khaled

By

AHMAD SOLEHIN ABD GHANI

Last updated

23 Sept 2021

[Klik disini untuk artikel yang telah dikemaskini bagi tahun 2021]


Pembahagian Harta Pusaka hanya boleh dilaksanakan oleh beberapa agensi, entiti dan individu yang dibenarkan undang-undang. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara bidang kuasa, skop dan fi pentadbiran harta pusaka yang akan dikenakan. Dalam artikel ini anda akan mendapat maklumat mengenai;


  • Agensi yang menjalankan pentadbiran harta pusaka

  • Bidang kuasa agensi dan entiti yang menjalankan pentadbiran harta pusaka

  • Had dan skop perkhidmatan mereka

  • Formula pengiraan fi penkhidmatan

  • Contoh cara pengiraan fi khidmat dan nilainya jika harta pusaka bernilai RM1,000,000 dan RM2,000,000.



Agensi dan entiti pentadbiran pembahagian harta pusaka


Bidang kuasa dalam pembahagian harta pusaka

Bidang kuasa agensi dan entiti yang boleh menjalankan pentadbiran harta pusaka adalah bergantung kepada bentuk dan nilai harta pusaka yang ditinggalkan. Berikut adalah bidang kuasa dan skop agensi yang terlibat;



Bidang Kuasa Unit Pembahagian Pusaka Kecil


Berdasarkan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian), Unit Pembahagian Pusaka Kecil hanya boleh mentadbir pusaka bernilai tidak melebihi RM2,000,000 dan jika pusaka tersebut mempunyai harta tidak mudah alih (tanah, rumah, kedai atau pejabat).



Bidang Kuasa Amanah Raya Berhad


Berdasarkan kepada Akta Perbadanan Amanah Raya, Amanah Raya Berhad boleh membantu pentadbiran pusaka yang termasuk dalam keadaan berikut;


  • Jika pusaka bernilai kurang RM2,000,000, ia mestilah tidak mempunyai sebarang harta tidak alih; dan

  • Sebarang pusaka bernilai melebihi RM2,000,000



Bidang Kuasa ASCO Shariah


  • Sebarang pusaka di Malaysia; dan

  • Sebarang pusaka bernilai RM2,000,000


Had dan skop perkhidmatan


Untuk membolehkan proses perlaksanaan pentadbiran, pembahagian dan pengagihan berlaku dengan kemas dan teratur, adalah amat penting waris memahami bahawa skop perkhidmatan yang diberikan mengikut agensi berbeza beza. Berikut adalah skop khidmat yang diberikan;



Skop Khidmat Unit Pembahagian Pusaka Kecil


Memberi perkhidmatan mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah : Tidak


Perkhidmatan mendapatkan/mengeluarkan Probat Wasiat : Ya


Tempoh Proses: Melebihi 12 bulan


Khidmat Pentadbiran dan agihan Pusaka: Hanya perintah akan diberikan. Ke semua harta dalam Pusaka perlu diagihkan sendiri.



Skop Khidmat Amanah Raya Berhad


Memberi perkhidmatan mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah : Tidak


Perkhidmatan mendapatkan/mengeluarkan Probat Wasiat : Ya


Tempoh Proses: Minimum 4 bulan ke 6 bulan bagi harta mudah alih dari tarikh dokumen lengkap. Minimum 12 bulan bagi harta tidak mudah alih dari tarikh dokumen lengkap


Khidmat Pentadbiran dan agihan Pusaka: Ke semua harta dalam Pusaka akan diagihkan.



Skop Khidmat ASCO Shariah


Memberi perkhidmatan mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah : Ya


Perkhidmatan mendapatkan/mengeluarkan Probat Wasiat : Ya


Tempoh Proses: Minimum 3 bulan ke 6 bulan bagi harta mudah alih dari tarikh dokumen lengkap. Minimum 9 bulan bagi harta tidak  mudah alih dari tarikh dokumen lengkap


Khidmat Pentadbiran dan agihan Pusaka: Kesemua pusaka dalam negara dalam bentuk berikut;


  1. Semua wang di bank;

  2. Semua takaful;

  3. Semua insurans;

  4. Hartanah (Satu sahaja); dan

  5. Kenderaan (Dua sahaja)


akan diagihkan berdasarkan Surat Kuasa Tadbir atau Probat.


Jika terdapat lebih dari satu hartanah atau lebih dari dua kenderaan atau asset-aset lain yang tidak disebutkan di atas, fi tambahan akan dikenakan.



Formula pengiraan fi khidmat


Fi Khidmat Unit Pembahagian Pusaka Kecil



Bagi RM1,000 pertama - RM10

Bagi RM1,001 hingga RM50,000 - RM30

Bagi RM50,001 ke atas - 0.2% dari nilai harta pusaka



Fi Khidmat  Amanah Raya Berhad


Bagi RM25,000.00 pertama - 5%

Bagi baki seterusnya sehingga RM225,000.00 - 4%

Bagi baki seterusnya sehingga RM250,000.00 - 3%

Bagi baki seterusnya sehingga RM500,000.00 - 2%

Bagi baki seterusnya - 1%


Fi Khidmat  ASCO Shariah


Sijil Faraid - RM3000

Probat Wasiat/Surat Kuasa Tadbir - RM5000

Pentadbiran dan Agihan Pusaka - RM3000




Contoh cara pengiraan fi pembahagian tadbir pusaka


Bagi tujuan pemahaman dan contoh pengiraan fi perkhidmatan pentadbiran harta pusaka, ia boleh dilihat berdasarkan contoh yang berikut;


Jika Harta Pusaka bernilai RM1,000,000.00, maka

a) Unit Pusaka Kecil akan mengenakan fi sebanyak RM2,000;

b) Amanah Raya Berhad akan mengenakan fi sebanyak RM27,750;

c) ASCO Shariah akan mengenakan fi sebanyak RM11,000.


Jika Harta Pusaka bernilai RM2,000,000.00, maka

a) Unit Pusaka Kecil akan mengenakan fi sebanyak RM4,000;

b) Amanah Raya Berhad akan mengenakan fi sebanyak RM37,750;

c) ASCO Shariah akan mengenakan fi sebanyak RM11,000.


Other reads related

7 Perkara Utama Anda Perlu Lakukan Dalam Urusan Harta Pusaka

Fahaman asas pengurusan Harta Pusaka

6 Perkara Sebelum Agihan Harta Pusaka

Artikel ini adalah untuk membantu masyarakat melakukan penyediaan sewajarnya sebelum memulakan proses agihan harta pusaka.

Need a lawyer or want to request for a quotation?

Notice

The contents of this publication, current at the date of publication set out above, are for reference purposes only. They do not constitute legal advice and should not be relied upon as such. Specific legal advice about your specific circumstances should always be sought separately before taking any action based on this publication.

asco law no bg

Have any other question, idea or want to work together?

About Us

Hub

Legal Information

Startup

Real Estate

Business

ASCO Law.png
Bar council logo.png

AKMAL SAUFI & CO (ASCO LAW) is a legal firm licensed under the Legal Profession Act 1976 and a member of the Malaysian Bar Council.

bottom of page