Geran Tanah Hilang

Akmal Saufi Mohamed Khaled

Oleh

AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED

Tarikh Kemaskini

27 Apr 2021

Semua transaksi hartanah di Malaysia memerlukan Geran Tanah, Memiliki Geran Tanah adalah aspek penting dalam pemilikan tanah. Jika anda telah kehilangan Geran Tanah atau tidak mempunyaimya bermakna anda tidak akan dapat melakukan transaksi tanah dengan berkesan dengan pihak lain. Jadi apakah yang perlu dilakukan jika anda geran tanah anda hilang? 


Kanun Tanah Negara Malaysia 1965 yang merupakan undang-undang yang mengawal selia perkara berkaitan tanah. Ia memperuntukkan bahawa di bawah Seksyen 166 (1) (d) salah satu keadaan di mana Hakmilik Geran Tanah boleh dikeluarkan adalah jika dokumen Hakmilik telah hilang, atau keseluruhannya atau sebahagiannya telah musnah, atau dengan tidak sepatutnya atau dengan salahnya ditahan.


Dalam artikel ini, kita akan membincangkan secara terperinci perkara-perkara seperti berikut :-


  1. Dokumen apa yang perlu anda sediakan sebelum memohon penggantian Geran Tanah Yang Hilang

  2. Apakah prosedur untuk menggantikan Geran Tanah hilang

  3. Pihak mana terlibat dalam menggantikan Geran Tanah Hilang

  4. Berapa lama masa yang diperlukan untuk menggantikan Geran Tanah Hilang

  5. Berapakah kos yang perlu di bayar kepada kerajaan untuk menggantikan Geran Tanah Hilang


1. Dokumen apa yang perlu anda sediakan sebelum memohon penggantian Geran Tanah Yang Hilang


Pertama sekali, sebagai pemilik tanah, anda perlu mempunyai sesalinan Hakmilik tanah daripada Perjanjian Jual Beli/ Sale and Purchase Agreement (SPA) semasa anda membeli tanah tersebut.


Dalam perjanjian jual beli, akan terdapat beberapa maklumat harta tanah yang membolehkan Pejabat Tanah mengenal pasti dengan Hakmilik tanah yang hilang.


Anda juga perlu menyiapkan dan menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk menggantikan hak milik tanah anda;


  • salinan kad pengenalan anda yang diperakui sebagai pemilik hak milik tanah;

  • salinan laporan polis yang sah;

  • akuan sumpah;

  • resit cukai pintu tahun semasa; dan

  • resit cukai tanah tahun semasa.



2. Apakah prosedur untuk menggantikan Geran Tanah hilang


Pada ketika ini, anda dinasihatkan untuk melantik peguam untuk membantu anda untuk penggantian Hakmilik tanah untuk memastikan bahawa semua dokumen sudah siap untuk dihantar ke Pejabat Tanah. 


Jika maklumat anda tidak betul, anda mungkin berisiko untuk berulang-alik ke Pejabat Tanah dan permohonan anda boleh ditolak. Peguam yang dilantik boleh memastikan dokumen lengkap sebelum proses bersama Pejabat Tanah dimulakan.


Berikut adalah langkah-langkah dan prosedur untuk menggantikan Hakmilik tanah yang hilang: -


  1. Buat laporan polis bahawa anda kehilangan Geran Tanah anda di balai polis terdekat dan laporan tersebut mestilah salinan yang sah. Anda juga perlu memastikan bahawa semua butiran hartanah disebutkan seperti alamatnya, nama pemilik dan nombor kad pengenalan.

  2. Sediakan surat akuan sumpah untuk Geran Tanah yang anda yang hilang. Peguam anda boleh membantu anda. Anda juga memerlukan surat akuan sumpah oleh peguam anda yang mewakili anda. Surat akuan sumpah ini kemudiannya perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan dicap di LHDN.

  3. Lakukan carian tanah rasmi mengenai Hakmilik Tanah yang hilang di Pejabat Tanah. Peguam anda juga akan membantu anda dalam hal ini.

  4. Dengan hasil carian tanah rasmi, anda perlu melampirkannya bersama laporan polis, surat akuan berkanun, resit cukai pintu, resit cukai tanah, dan salinan kad pengenalan anda yang telah disahkan sebelum diserahkan kepada Pejabat Tanah.


3. Pihak mana terlibat dalam menggantikan Geran Tanah Hilang


Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam penggantian Geran Hakmilik Tanah, iaitu: -


a. Polis


Bagi urusan laporan polis buat rujukan Pejabat Tanah sebagai bukti kehilangan Geran Tanah tersebut.


b. Pesuruhjaya Sumpah


Untuk mengesahkan surat akuan sumpah bagi Hakmilik Tanah anda yang hilang. Pesuruhjaya Sumpah juga akan diperlukan untuk mengesahkan surat akuan sumpah bagi peguam yang mewakili pemilik untuk proses penggantian Hakmilik.


c. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)


Setiap dokumen mesti disetemkan dan dicop (RM10.00).


d. Pejabat Tanah


Untuk memastikan bahawa prosedur penggantian Hakmilik diikuti untuk mendapatkan penggantian Hakmilik Asal di Pejabat Tanah.



4. Berapa lama masa yang diperlukan untuk menggantikan Geran Tanah Hilang


Masa yang diperlukan untuk penggantian Hakmilik bergantung sama ada Hakmilik tersebut merupakan Hakmilik Sementara (HS (D)) atau Hakmilik Kekal (GRN dan PN). Masa dan prosedur yang perlu diikuti mungkin sedikit berbeza mengikut keadaan di mana hakmilik tanah akan dikeluarkan.


Contohnya di Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor akan mengambil masa di bawah untuk mengeluarkan penggantian hak milik tanah: -

  • Hakmilik Pegangan Pajakan / Hakmilik Sementara (HS (D)) = Tiga (3) bulan;

  • Hakmilik Pegangan Bebas / Hakmilik Kekal (GRN dan PN) = Enam (6) bulan.



5. Berapakah kos yang perlu di bayar kepada kerajaan untuk menggantikan Geran Tanah Hilang


Di Selangor bayaran untuk Hakmilik Sementara adalah RM 430.00 dan RM 440.00 bagi Hakmilik Tetap. Ini berbeza antara negeri-negeri lain di Malaysia. Tambahan pula, ini juga tidak termasuk pembayaran dan yuran guaman yang akan dikenakan oleh peguam anda untuk perkhidmatan mereka. Jika anda berminat untuk melantik peguam untuk membantu menggantikan geran tanah anda, hubungi kami.

Perlukan peguam atau ingin mendapatkan maklumat lanjut?

Notis

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

Penulisan berkaitan

8 Tips Cara Beli Rumah Second Hand Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah second hand pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah LPPSA Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah LPPSA pada tahun 2021.

8 Tips Cara Beli Rumah Subsale Pada Tahun 2021

Apabila anda hendak membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu ikuti adalah mengetahui lebih mendalam tentang apakah tips-tips cara beli rumah subsale pada tahun 2021.

asco law no bg

Mempunyai persoalan, idea atau mahu bekerjasama?

Mengenai Kami

Hub

Maklumat Perundangan

Syarikat Pemula

Hartanah

Perniagaan

ASCO Law.png
Bar council logo.png

AKMAL SAUFI & CO (ASCO) ialah sebuah firma guaman peguam di bawah pengelolaan Badan Peguam Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.