Anda mungkin sudah membayar deposit, atau anda seorang waris kepada tanah pusaka. Selagi hakmilik belum berpindah atas nama anda, tanah itu masih boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain, dan hak anda terdedah. Kaveat yang disediakan tanpa asas yang jelas pula mudah dipotong, malah boleh mendedahkan anda kepada tuntutan pampasan.
Kaveat Persendirian – Masuk Kaveat
Perkhidmatan ini melibatkan penyediaan Borang 19B beserta surat akuan berkanun, dan pemfailan kaveat persendirian di Pejabat Tanah bagi melindungi kepentingan anda di bawah Seksyen 323 Kanun Tanah Negara.
Visi Anda, Disokong Bantuan Guaman Yang Tepat
Anda fokus menjaga keluarga, kami uruskan sisi perundangannya.
Bayangkan tanah yang anda tuntut dibekukan daripada sebarang urus niaga, hak anda terpelihara sehingga tuntutan diselesaikan, dengan dokumen yang kemas dan sukar dicabar.
Untuk Siapa Perkhidmatan Ini
Ini Sesuai Untuk Anda Jika…
Perkhidmatan ini sesuai untuk anda jika:
• Anda telah membayar deposit dan sedang menunggu proses pindah milik
• Anda seorang waris yang mahu melindungi tanah pusaka sebelum pembahagian
• Anda menuntut bahagian dalam harta sepencarian
• Anda mempunyai kepentingan sah yang lain ke atas sesuatu tanah
Jom Mulakan
Apa Yang Kami Akan Lakukan Untuk Anda
Inilah Yang Akan Kami Lakukan Untuk Anda
Kami menyemak status geran melalui carian rasmi di Pejabat Tanah, menyediakan Borang 19B dan surat akuan berkanun dengan asas tuntutan yang jelas, memfailkan kaveat, dan memaklumkan anda sebaik sahaja kaveat berkuat kuasa. Kami berbincang dengan anda terlebih dahulu dan tidak memulakan kerja sehingga anda bersetuju.
Mengapa Pilih ASCOLAW?
Mengapa Pilih Kami Untuk Membantu Anda?
Digital Diutamakan
Tidak perlu ke pejabat—semak dan tandatangan secara dalam talian*
Yuran Yang Telus
Harga jelas, tanpa kejutan bil
Pengalaman Mendalam
Pelbagai transaksi merentasi situasi anda dan keluarga
Mudah Dihubungi
Memastikan anda sentiasa ketahui perkembangan terkini
Jom Mulakan
Kami Telah Membantu
Anda Perlu Bertindak Sekarang
Penting: Slot Terhad
Semakin lama anda menunggu, semakin tinggi risiko tanah dipindah milik atau dijual kepada pihak lain. Melantik peguam lebih awal memastikan kaveat difailkan sebelum sebarang urus niaga berlaku. Hubungi kami hari ini untuk berbincang bagaimana kami boleh membantu.
Jom Mulakan
Tiada Apa Untuk Dirugikan. Segalanya Untuk Dilindungi.
Tanpa Kejutan. Tanpa Tekaan. Hanya ASCOLAW Yang Berkesan.
Sebelum apa-apa bermula, kami akan berbincang dengan anda untuk memahami perniagaan anda dan memastikan perkhidmatan ini sesuai. Jika tidak sesuai, kami akan maklumkan dari awal. Tanpa tekanan. Tanpa membuang masa. Kami hanya menerima kes yang kami yakin dapat kami laksanakan dengan berkualiti. Itulah sebabnya pemilik perniagaan mempercayai kami untuk melakukannya dengan betul.
Jom Mulakan
Soalan Lazim
Apa itu ASCOLAW?
ASCOLAW adalah perkhidmatan guaman digital pertama yang direka oleh ASCO LAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) khusus untuk pemilik perniagaan dan pengasas syarikat. Kami membantu anda menyusun, mengembangkan, dan melindungi perniagaan anda melalui penyelesaian guaman yang praktikal—disampaikan dengan pantas, dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia yang mudah difahami, dan tanpa perlu hadir ke pejabat.
Bagaimana jika saya tidak pasti perkhidmatan guaman yang saya perlukan?
Tidak mengapa. Pasukan kami akan dengan objektif dan masalah yang ada hadapi dan kami akan cadangkan perkhidmatan yang sesuai untuk membantu anda.
Siapa yang layak memasukkan kaveat persendirian?
Sesiapa yang menuntut hakmilik atau kepentingan yang boleh didaftarkan ke atas tanah, seperti pembeli, waris, atau pasangan yang menuntut harta sepencarian, di bawah Seksyen 323 Kanun Tanah Negara.
Berapa lama kaveat persendirian kekal?
Kaveat persendirian kekal sehingga enam tahun sebelum luput, melainkan ia ditarik balik atau dipotong lebih awal.
Berapakah kos untuk memasukkan kaveat?
Kami mengamalkan ketelusan dalam yuran. Kami akan menerangkan kos dengan jelas dan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu, dan kami tidak akan memulakan kerja sehingga anda bersetuju. Hubungi kami untuk berbincang.
Apa akan berlaku jika pemilik mencabar kaveat saya?
Pemilik boleh memohon pemotongan kaveat melalui Pejabat Tanah atau mahkamah. Kaveat yang berasas dan disediakan dengan betul lebih mudah dipertahankan.
Bolehkah saya memasukkan kaveat atas tanah pusaka yang belum dipindah milik?
Boleh, jika anda seorang waris yang berhak. Ia kerap digunakan untuk melindungi bahagian waris sebelum pembahagian pusaka selesai.
Adakah perkhidmatan anda berpatutan?
Struktur yuran kami yang telus bermakna tiada kejutan bil. Keahlian memberikan kadar terbaik, tetapi perkhidmatan sekali sahaja juga direka untuk jelas dan berdaya saing. Anda akan sentiasa tahu apa yang anda bayar.
Siapa yang akan membantu saya?
Semua perkhidmatan kami disampaikan oleh peguam berlesen kami di bawah Badan Peguam Malaysia dengan pengalaman terbukti merentasi pelbagai industri. Anda akan bekerja dengan pasukan guaman sebenar, bukan chatbot atau khidmat pelanggan biasa.
Adakah semuanya dilakukan secara dalam talian?
Kami akan mengutamakan proses secara atas talian untuk membantu ada menyelesaikan secara pantas dan mudah. Walau bagaimanapun bagi perkara yang memerlukan kehadiran anda kami akan memaklumkan kepada anda bagi tujuan sesuatu transaksi.


































