Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Jom mulakan

Legal That Works logo

Mengenai Kami

Perkhidmatan

Button

Benarkan kami bantu urusan anda

Benarkan kami bantu urusan anda

Hubungi kami

Apakah Pinjaman Perumahan?

Diterbitkan

Diterbitkan

Membeli dan memiliki kediaman sendiri merupakan idaman dan impian kebanyakan orang. Sekiranya ini adalah kali pertama anda membeli rumah dan perlu memohon pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh pihak institusi kewangan, anda mungkin sukar untuk memahami maklumat and info yang berkaitan pembiayaan pinjaman perumahan.

Berikut adalah panduan ringkas untuk memahami bagaimana pinjaman perumahan di Malaysia berfungsi:

Apakah Maksud Pinjaman Perumahan Di Malaysia?

Pinjaman perumahan di Malaysia adalah pinjaman yang diberikan oleh mana-mana institusi kewangan bagi membantu anda untuk membiayai kos membeli rumah impian anda.

Jenis Pinjaman Perumahan?

Sebelum memohon pinjaman perumahan dari bank, anda harus tahu jenis pinjaman yang boleh dipohon berserta kadar faedah yang ditawarkan dalam pasaran pada ketika ini.

Secara amnya, terdapat dua jenis skim pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh institusi kewangan di Malaysia iaitu skim pinjaman konvensional dan skim pinjaman Islamik.

Berikut merupakan tiga (3) kategori pinjaman perumahan konvensional yang ditawarkan di Malaysia :

  1. Pinjaman Asas (Term Loans) : jadual pembayaran semula yang tetap dimana ansuran bayaran bulanan adalah sama sepanjang tempoh pembayaran semula pinjaman sepenuhnya. Kebiasaannya, institusi kewangan tidak membenarkan peminjam untuk mengeluarkan jumlah tambahan yang mugkin telah dibayar melebihi jumlah yang dijadualkan. Skim jenis ini mempunyai ketelusan dan terma yang ditawarkan juga mudah difahami namun kekurangannya adalah dari segi fleksibiliti yang ditawarkan.

  2. Pinjaman Semi-Fleksi : Kelebihan bagi jenis pinjaman ini adalah setiap kali bayaran di buat kepada jumlah pokok atau prinsipal, bayaran faedah yang dikenakan juga akan semakin berkurang. Selain itu, anda juga dibolehkan untuk mengeluarkan jumlah tambahan yang telah anda bayar melebihi jadual pembayaran yang ditetapkan.

  3. Pinjaman Fleksi Penuh : Secara teknikal, ia sama seperti pinjaman semi-fleksi. Cumanya, pinjaman ini dihubungkan dengan akaun semasa anda dan jumlah pembayaran semula pinjaman akan ditolak secara automatik setiap bulan daripada akaun anda. Selain itu, lebihan bayaran boleh dikeluarkan semula pada bila-bila mengikut keperluan anda.

Skim pinjaman perumahan Islamik pula adalah berdasarkan dua prinsip iaitu Bai’ Bithaman Ajil (BBA) dan Musharakah Mutanaqisah (MM):

  1. Bai’ Bithaman Ajil (BBA) : Skim ini adalah berdasarkan konsep jual beli (“Murabahah”) dimana Bank akan membeli rumah tersebut terlebih dahulu pada harga pasaran semasa dan menjual semula semasa dan kemudian, menjual balik rumah tersebut kepada anda dengan harga belian termasuk keuntungan yang telah dipersetujui.

  2. Musharakah Mutanaqisah (MM) : skim ini adalah berbentuk perkongsian dimana anda menjadi penyewa dan berjanji untuk membeli bahagian pemilikan tersebut daripada institusi kewangan secara beransur-ansur sehinggalah anda memiliki rumah tersebut sepenuhnya. Skim ini juga merupakan satu bentuk pembiayaan jangka panjang dengan kadar keuntungan tetap atau boleh ubah yang biasanya digunakan untuk membiayai pembelian aset siap atau belum siap, siap dibina atau dalam pembinaan.

Institusi Yang Memberikan Pinjaman Perumahan

Antara contoh pembiayaan pinjaman perumahan yang ditawarkan di Malaysia adalah Pinjaman Perumahan Kerajaan bagi penjawat awam. Ini disediakan oleh LPPSA.

Bagi yang bukan penjawat awam, institusi kewangan komersil dan swasta seperti AmBank Berhad, Public Bank Berhad, RHB Bank Berhad, Maybank Berhad juga turut menawarkan pelbagai jenis pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang menarik.

Bila anda boleh jual rumah anda baru beli kepada pasaran semula jika anda ambil pinjaman perumahan (Lock-In Period)?

Satu lagi faktor penting anda perlu ambil maklum semasa memohon untuk pinjaman perumahan adalah tempoh berkunci atau juga dikenali sebagai lock-in period dimana pihak institusi kewangan meletakkan tempoh minimum sebelum anda boleh mula menjual Kembali rumah atau hartanah tersebut kepada pasaran Kembali. Dalam pasaran ini dipanggil sebagai ‘flipping’.

Sebagai contoh, sekiranya tempoh berkunci yang ditetapkan adalah selama tiga (3) tahun, ansurans bulanan bagi pinjaman perlu dibayar sekurang-kurangnya adalah selama tiga (3) tahun sebelum rumah tersebut boleh dijual atau sebelum rumah tersebut boleh ditukar cagar kepada bank yang lain.

Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah tersebut kurang dari tiga (3) tahun dari tarikh anda mula membuat pinjaman, anda akan dikenakan penalti sebanyak 2%-3% daripada jumlah pinjaman bergantung kepada terma institusi kewangan yang berkenaan. (Kadar ini adalah bergantung kepada Surat Tawaran (Letter of Offer) yang diberikan pihak institusi kewangan kepada anda berkenaan pinjaman perumahan anda)

Gadaian Oleh Institusi Kewangan Ke Atas Aset Bagi Tujuan Pinjaman Perumahan?

Anda perlu mengambil maklum juga bahawa rumah atau hartanah yang dibeli oleh anda akan dijadikan sebagai aset gadaian bagi menjamin pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh pihak institusi kewangan kepada anda. Ini adalah perkara biasa dan sebahagian daripada proses pinjaman perumahan yang diberikan oleh mana-mana institusi kewangan.

Apabila status gadaian ini didaftarkan ke atas geran tanah anda, anda tidak boleh menjual hartanah anda kepada pihak lain sehinggalah status itu dilepaskan.

Status gadaian ini boleh dilepaskan apabila anda telah habis membuat bayaran penuh bagi hutang rumah anda. Proses ini dipanggil pelepasan gadaian.

Proses Memohon Pinjaman Perumahan Anda

Jika anda sudah bersedia untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk diserahkan kepada institusi kewangan yang berkenaan bagi tujuan penilaian pihak mereka :-

  1. Salinan kad pengenalan/pasport anda;

  2. Slip gaji bagi tempoh 6 bulan semasa atau sekiranya tidak mempunyai slip gaji, anda perlu menyerakan penyata akaun bank bagi tempoh 6 bulan semasa;

  3. Penyata KWSP bagi tahun semasa dan tahun sebelumnya;

  4. Borang tempahan pembelian hartanah (Booking form) atau draf perjanjian jual beli rumah;

  5. Jika pinjaman perumahan yang ingin anda peroleh adalah pinjaman perumahan daripada LPPSA, anda turut perlu menyertakan maklumat dan dokumen yang diperlukan LPPSA disini.

Untuk mereka bekerja sendiri, anda perlu sediakan kesemua dokumen di atas dan juga penyata akaun bank syarikat dan pendaftaran perniagaan.

Adakalanya pihak institusi kewangan memerlukan lebih banyak dokumen seperti surat pengesahan dari majikan semasa anda.

Pihak institusi kewangan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari bekerja untuk memproses pinjaman anda dan dalam masa yang sama pihak institusi kewangan yang berkenaan juga akan memeriksa dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan status kebankrapan dan juga tahap kemampuan kewangan anda.

ASCO Law boleh membantu anda untuk menghubungkan anda kepada pegawai bank berkaitan untuk proses ini. Tekan butang hubungi kami untuk peguam kami menghubungi anda.

Semakan Kadar Pinjaman Bagi Pinjaman Perumahan

Anda juga perlu tahu membuat semakan kadar pinjaman yang boleh anda dapatkan bersesuaian dengan pendapatan bulanan melalui kalkulator pinjaman perumahan yang boleh diakses secara online.

Sekiranya anda layak, pihak institusi kewangan akan mengeluarkan Surat Tawaran Pinjaman kepada anda.

Namun begitu, tidak semestinya permohonan pinjaman perumahan anda akan diluluskan secara serta merta. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan permohonan anda ditolak, antaranya:

  1. Terlalu banyak ansuran yang belum dibayar seperti ansurans bulanan pembiayaan pembeliaan kenderaan, hutang PTPTN, pinjaman ASB;

  2. Pendapatan yang tidak stabil;

  3. Bankrap atau syarikat telah digulungkan;

  4. Dokumentasi yang tidak lengkap; atau

  5. Pemaju disenarai hitamkan oleh pihak institusi kewangan.

Oleh yang demikian, sebelum membuat permohonan bagi mana-mana jenis skim pinjaman perumahan, anda dinasihatkan untuk membuat kaji selidik pakej-pakej pinjaman perumahan yang terkini yang ditawarkan dalam pasaran Malaysia yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan anda.

Dapatkan maklumat penuh sebelum memulakan pinjaman perumahan

Jika anda sudah mengenal pasti rumah ingin dibeli dan telah memulakan perbincangan harga transaksi pembelian rumah bersama penjual dan ingin memulakan proses mencari pinjaman rumah yang sesuai bagi anda, hubungi kami di ASCO Law.

Kami akan menasihati, membimbing dan menghubungkan anda kepada LPPSA atau bank-bank komersial bagi membolehkan anda membuat perbandingan tawaran pinjaman perumahan terbaik.

Baca juga

Penafian

Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Bidang Amalan

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

Perlu kami membantu urusan anda?

Isi dan hantar borang

Jawab soalan dari pasukan kami

Kami akan padankan dan maklum tindakan yang sesuai buat urusan anda.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

Hak milik terpelihara. © ASCOLAW ialah sebuah firma perkhidmatan guaman oleh Tetuan Akmal Saufi & Co (No. Pendaftaran Firma 00020004166). 2014-2026
Dikawal selia Badan Guaman Malaysia di bawah Akta Profession Guaman 1976.

ASCOLAW (Tetuan Akmal Saufi & Co) ialah sebuah firm guaman Malaysia memberikan perkhidmatan urusan hartanah dan pusaka membantu individu dan keluarga mencapai hasrat dan impian mereka.

All rights reserved. © Legal That Works is a legal service by Messrs Akmal Saufi & Co (Registration No. 00020004166). 2014-2026

Regulated by the Malaysian Bar Council under the Legal Profession Act 1976.