Senarai Dokumen Wajib Bagi Pinjaman LPPSA Untuk Pembiayaan Rumah Telah Siap


Antara langkah penting yang perlu anda lakukan sebagai penjawat awam sebelum memulakan proses permohonan pinjaman LPPSA untuk beli rumah telah siap adalah menyediakan dokumen wajib. Jika ia tidak disediakan maka LPPSA tidak akan memproses permohonan anda.
Apakah dokumen yang LPPSA perlukan untuk membolehkan mereka memproses permohonon pembiayaan LPPSA anda?
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan;
1. Salian Perjanjian Jual Beli (SPA)/ Draf SPA/ Sale Proformal Tawaran Untuk Membeli (OTP).
Ini boleh disediakan oleh peguam yang anda lantik dalam urusan transaksi pembelian rumah anda.
2. Salinan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Nota: Sekiranya pembelian rumah siap dari pemaju/ kontraktor.
3. Surat Perintah Mahkamah/ Pejabat Tanah yang membenarkan pemegang amanah menjual harta si mati.
Nota: Sekiranya 'Pemilik Hartanah' telah meninggal dunia.
4. Salian penyata baki hutang penjual yang mash berkuat kuasa semasa permohonan dikemukakan.
Nota: Sekiranya hartanah yang dibeli masih mempunyai baki pembiayaan dengan institusi pembiayaan.
5. Salian surat perintah mahkamah yang melantik Pelikudasi bagi pemaju perumahan yang diisytiharkan bankrap berserta Notice Of Appointment And Situation Of Office Or Liquidator (Form 70) dan Notice Of Change In Situation Of Office Of Liquidator (Form 73).
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada Pelikudasi yang dilantik oleh mahkamah.
ATAU
Notice Of Resolution (Form 11) berserta Notice Of Appointment And Situation Of Office Of Liquidator (Form 72).
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada pemaju perumahan yang digulungkan melalui Annual General Meeting (AGM).
6. Salian Kontrak atau Memorandum Jualan daripada Mahkamah atau Pejabat Tanah atau Surat Pengesahan daripada Pentadbir Tana yang mengesahkan pemohon/ pemohon bersama berjaya dalam lelongan.
Nota: Ini adalah sekiranya pembelian ini melibatkan hartanah ini dibeli secara lelong.
Anda Perlu Bantuan Bagi Proses LPPSA?
Jika anda ingin memohon pinjaman LPPSA dan memerlukan bantuan serta peguam dalam penyediaan dokumen di atas, peguam ASCO Law sedia membantu. Tekan link ini untuk menghubungi peguam kami.
Tags:
Baca juga
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Bidang Amalan
Artikel Berkaitan
Terma dan Syarat Perlantikan Peguam
Cara Pindah Milik Rumah Selepas Cerai di Malaysia
5 Situasi Pemilik Bersama Tanah Perlukan Perintah Mahkamah di Malaysia
Debt Recovery Process in Malaysia (Proses Tuntut Hutang)
Love and Affection Transfer: Process of Giving Land or House Title to Children in 2025
Peguam Hartanah di Malaysia
Surat Kuasa Mentadbir di Malaysia
Guide to Appointing a Property Lawyer and the Cost of Fees for House and Land Purchase Transactions in 2025
Real Estate Lawyer In Malaysia
Simple Guide to Changing the Name on a Land and House Title After a Death
