Kepentingan Menyediakan Wasiat Awal Untuk Mengelakkan Pertikaian Harta Pusaka
Bidang Amalan
Keluarga
Pengurusan Pusaka

1. Mengikut Kehendak Pemilik
2. Mengelak Pertikaian Keluarga
3. Memudahkan Proses Pentadbiran Harta Pusaka
4. Melindungi Ahli Keluarga yang Kurang Berkemampuan
5. Memberikan Ketenangan Jiwa
Melindungi Mereka yang Memerlukan
Harta pusaka sering kali menjadi punca pertikaian dalam kalangan ahli keluarga selepas pemilik harta meninggal dunia.
Tanpa perancangan rapi yang dilengkapi dokumen sah, konflik sesama waris boleh timbul bersabit pembahagian harta pusaka.
Ini terutamanya jika ahli keluarga mempunyai pandangan berbeza mengenai hak masing-masing.
Justeru, menyediakan wasiat awal adalah pilihan langkah penting untuk mengelakkan pertikaian dan memastikan harta dibahagikan secara adil mengikut kehendak pemilik harta.
Wasiat adalah dokumen rasmi yang menyatakan siapa akan menerima harta dalam jumlah atau peratusan yang telah ditentukan.
Dengan adanya wasiat, ahli keluarga akan mengetahui dengan jelas siapa yang berhak menerima bahagian tertentu. Ini dapat mengelakkan perselisihan sesama waris.
Berikut ialah antara kepentingan menyediakan wasiat awal.
Wasiat: Mengikut Kehendak Pemilik
Satu daripada kepentingan utama menyediakan wasiat adalah memastikan harta pusaka dibahagikan mengikut kehendak pemilik harta.
Wasiat juga boleh merangkumi arahan untuk melunaskan hutang atau tanggungjawab kewangan yang belum selesai. Ini sekali gus memudahkan urusan pewarisan harta pusaka.
Wasiat: Mengelak Pertikaian Keluarga
Tanpa wasiat, pembahagian harta pusaka akan tertakluk kepada undang-undang faraid atau pembahagian harta pusaka sivil..
Ini bergantung pada status agama pemilik harta. Walaupun undang-undang ini sedia ada untuk membahagikan harta secara adil, ia mungkin tidak selaras dengan hasrat pemilik harta.
Ahli keluarga yang mempunyai harapan atau kehendak berbeza mungkin berasa tidak puas hati. Ini sering kali menjadi punca pertikaian.
Justeri, dengan adanya wasiat yang jelas, ketegangan antara ahli keluarga dapat dikurangkan. Dalam knteks ini wasiat dapat mencerminkan kehendak si mati secara lebih tepat.
Wasiat: Memudahkan Proses Pentadbiran Harta Pusaka
Wasiat yang sah boleh mempercepatkan proses pentadbiran harta pusaka. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa wasiat, proses perundangan untuk menentukan pembahagian harta akan menjadi lebih rumit dan memakan masa.
Pentadbir harta perlu dilantik menerusi mahkamah. Ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk diselesaikan.
Wasiat yang telah disediakan lebih awal dapat mempercepatkan proses ini. Ini kerana pentadbir yang dinamakan dalam wasiat akan terus mengambil alih tanggungjawab untuk menguruskan dan membahagikan harta.
Wasiat: Melindungi Ahli Keluarga yang Kurang Berkemampuan
Satu lagi kelebihan menyediakan wasiat adalah ia membolehkan pemilik harta melindungi ahli keluarga yang memerlukan bantuan kewangan atau yang kurang berkemampuan.
Contohnya, pemilik harta boleh menyatakan secara khusus bahawa bahagian tertentu harta diberikan kepada anak-anak yang masih kecil, isteri yang tidak bekerja atau ahli keluarga lain dengan alasan tertentu.
Ini membantu memastikan mereka tidak terabai selepas pemilik harta meninggal dunia. Ini juga mengelakkan mereka daripada bergantung sepenuhnya kepada pembahagian harta pusaka menerusi undang-undang faraid atau perundangan lain.
Wasiat: Memberikan Ketenangan Jiwa
Menyediakan wasiat awal juga memberi ketenangan jiwa kepada pemilik harta. Dengan menyediakan dokumen yang sah, pemilik harta boleh yakin bahawa hasrat dan kehendaknya akan dipatuhi selepas kematian.
Wasiat memastikan bahawa semua urusan harta pusaka diselesaikan secara baik dan tidak meninggalkan beban kepada ahli keluarga yang masih hidup.
Ini dapat mengelakkan rasa bersalah atau tekanan emosi yang mungkin dialami ahli keluarga yang terpaksa berhadapan dengan pertikaian harta pusaka.
Wasiat: Melindungi Mereka yang Memerlukan
Penyediaan wasiat awal adalah langkah bijak bagi setiap individu yang mempunyai harta untuk memastikan pembahagian harta berlaku secara lancar dan tanpa pertikaian.
Wasiat bukan sahaja membantu mengelakkan konflik dalam kalangan ahli keluarga, malah memudahkan proses pentadbiran harta pusaka serta melindungi mereka yang memerlukan.
Justeru, setiap individu digalakkan untuk membuat wasiat seawal mungkin, terutama jika memiliki harta yang bernilai atau tanggungan yang perlu dijaga selepas ketiadaan mereka.
Baca juga
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis
AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Cara Pindah Milik Rumah Selepas Cerai di Malaysia
5 Situasi Pemilik Bersama Tanah Perlukan Perintah Mahkamah di Malaysia
Debt Recovery Process in Malaysia (Proses Tuntut Hutang)
Love and Affection Transfer: Process of Giving Land or House Title to Children in 2025
Peguam Hartanah di Malaysia
Surat Kuasa Mentadbir di Malaysia
Guide to Appointing a Property Lawyer and the Cost of Fees for House and Land Purchase Transactions in 2025
Real Estate Lawyer In Malaysia
Simple Guide to Changing the Name on a Land and House Title After a Death
MyLand Malaysia System: Digital Innovation in Land and Estate Management

