Kesilapan Umum Pasangan dalam Mengurus Harta Sepencarian
Bidang Amalan
Keluarga

Harta Sepencarian: Tiada Rekod Kewangan
Harta Sepencarian: Tiada Perancangan Awal
Harta Sepencarian: Kurang Faham Undang-Undang
Harta Sepencarian: Bersikap Terlalu Emosi
Harta Sepencarian: Abai Sumbangan Tidak Langsung
Bagaimana Mengelakkan Kesilapan Ini?
Simpan Rekod
Rancang Awal
Belajar Undang-Undang
Kekal Rasional
Ambil kira Sumbangan Tidak Langsung
Harta Sepencarian: Fahami untuk Elak Konflik
Harta sepencarian merujuk kepada harta yang diperoleh pasangan sepanjang tempoh perkahwinan. Ia menjadi hak bersama.
Konsep ini amat penting dalam konteks pengurusan kewangan keluarga, lebih-lebih lagi apabila berlaku perceraian atau kematian.
Namun, wujud beberapa kesilapan umum yang sering dilakukan pasangan atau bekas pasangan. Kesilapan-kesilapan ini boleh membawa kepada konflik dan ketidakadilan dalam pembahagian harta sepencarian.
Artikel ini akan membincangkan kesilapan-kesilapan berkenaan, sekali gus memberi panduan agar pasangan dapat mengurus harta sepencarian secara lebih bijak.

DOKUMEN.... Pastikan dokumen kemas dan terkini supaya pengurusan harta sepencarian lebih mudah.
Harta Sepencarian: Tiada Rekod Kewangan
Kesilapan utama dalam mengurus harta sepencarian adalah kegagalan menyimpan rekod kewangan secara kemas dan jelas.
Ramai pasangan tidak mendokumentasikan aset yang dimiliki seperti rumah, kereta atau akaun simpanan.
Tanpa rekod atau dokumen ini, proses menentukan kadar harta sepencarian menjadi sukar, terutama apabila satu pihak enggan bekerjasama.
Harta Sepencarian: Tiada Perancangan Awal
Ramai pasangan menganggap isu harta sepencarian hanya perlu difikirkan apabila berlaku perceraian atau kematian.
Hakikatnya, perancangan awal dapat mengelakkan perselisihan pada masa depan. Dalam Islam, konsep harta sepencarian dalam Islam menggalakkan keadilan dan kerjasama dalam pembahagian harta.
Justeru, pasangan boleh mempertimbangkan untuk menyediakan dokumen seperti perjanjian pranikah atau wasiat.
Harta Sepencarian: Kurang Faham Undang-Undang
Kesilapan lain berkaitan kurangnya kesedaran pasangan mengenai undang-undang berkaitan tuntutan harta sepencarian.
Di Malaysia, pembahagian harta sepencarian adalah berdasarkan sumbangan kedua-dua pihak, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Ramai pasangan tidak tahu hak mereka. Ini menyebabkan ketidakadilan apabila tuntutan harta sepencarian dibuat.
Harta Sepencarian: Bersikap Terlalu Emosi
Perceraian sering membawa emosi tinggi atau celaru. Ini boleh mengganggu proses perbincangan mengenai harta sepencarian.
Ada pasangan enggan berbincang secara rasional kerana dipengaruhi perasaan marah, kecewa atau benci yang meluap-luap.
Situasi ini bukan sahaja memanjangkan proses penyelesaian, malah mengakibatkan pembahagian harta secara tidak adil.
Harta Sepencarian: Abai Sumbangan Tidak Langsung
Dalam sesetengah kes, pasangan hanya mengiktiraf sumbangan kewangan sebagai asas pembahagian kadar harta sepencarian.
Mereka sering mengabaikan sumbangan tidak langsung seperti menjaga rumahtangga, anak-anak atau menyokong pasangan dalam kerjaya.
Islam dan undang-undang Malaysia mengiktiraf kedua-dua jenis sumbangan ini dalam menentukan kadar harta sepencarian.
Bagaimana Mengelakkan Kesilapan Ini?
Ada beberapa langkah dan cara perlu dibuat untuk mengelak kesilapan-kesilapan berkenaan. Berikut sebahagian daripada langkah berkenaan.
Simpan Rekod
Catat semua aset yang dimiliki bersama, termasuk bukti pembelian dan dokumen hakmilik.
Rancang Awal
Pertimbangkan untuk berbincang dengan pasangan mengenai pembahagian harta sepencarian sejak awal.
Belajar Undang-Undang
Fahami hak anda dan prosedur tuntutan harta sepencarian. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada peguam syariah atau perancang kewangan.
Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma ASCOLAW di sini.
Kekal Rasional
Walaupun dalam situasi sukar, cuba berbincang secara matang untuk mencari penyelesaian terbaik.
Ambil kira Sumbangan Tidak Langsung
Pastikan semua sumbangan dalam perkahwinan diambil kira sama ada kewangan atau bukan kewangan.
Harta Sepencarian: Fahami untuk Elak Konflik
Kesilapan dalam mengurus harta sepencarian boleh membawa kepada konflik dan ketidakadilan berpanjangan. Ini boleh merugikan kedua-dua pihak.
Dengan memahami konsep harta sepencarian dalam Islam serta mengikuti garis panduan undang-undang, pasangan dapat memastikan pembahagian harta dilakukan secara adil serta harmoni.
Tindakan proaktif dan komunikasi yang baik adalah kunci kepada pengurusan dan pembahagian harta sepencarian secara saksama serta berjaya.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh baca artikel kami yang lain di sini.
Untuk khidmat peguam, antaranya anda boleh mendapatkan khidmat berkenaan dari firma ASCOLAW di sini.
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Penulis
AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
Managing Partner & Founder
Artikel Berkaitan
Cara Pindah Milik Rumah Selepas Cerai di Malaysia
5 Situasi Pemilik Bersama Tanah Perlukan Perintah Mahkamah di Malaysia
Debt Recovery Process in Malaysia (Proses Tuntut Hutang)
Love and Affection Transfer: Process of Giving Land or House Title to Children in 2025
Peguam Hartanah di Malaysia
Surat Kuasa Mentadbir di Malaysia
Guide to Appointing a Property Lawyer and the Cost of Fees for House and Land Purchase Transactions in 2025
Real Estate Lawyer In Malaysia
Simple Guide to Changing the Name on a Land and House Title After a Death
MyLand Malaysia System: Digital Innovation in Land and Estate Management

