Senarai Dokumen Bagi Tujuan Transaksi Jual Beli Rumah Pada Tahun 2022

Bagi memastikan transaksi pembelian hartanah anda lancar, ini adalah dokumen yang perlu anda serta penjual rumah perlu sediakan.
Ini membolehkan peguam anda boleh mengenal pasti proses, kos serta pihak-pihak yang akan terlibat dalam transaksi anda.
Senarai Dokumen oleh Penjual Rumah
No | Dokumen | Penerangan | Sila Tick Jika Ada (✓) |
|---|---|---|---|
1 | Perjanjian Jual Beli atau dokumen pemerolehan hartanah sebelum ini | Untuk membolehkan maklumat hartanah dikenalpasti. | |
2 | Geran Tanah / Deed of Assignment | Untuk mengenal pasti maklumat penting seperti pemilikan hartanah, sekatan kepentingan, syarat nyata, kegunaan tanah, status gadaian dan lain-lain perkara. | |
3 | Resit cukai tanah terkini | Menilai jika masih ada hutang cukai tanah kepada kerajaan negeri, risiko denda & penyitaan atau rampasan oleh pihak kerajaan negeri. | |
4 | Resit cukai pintu / cukai taksiran terkini | Menilai risiko denda atau sita oleh pihak berkuasa tempatan. | |
5 | Resit bayaran kepada Badan Pengurusan (Management Corporation/Joint Management Body) (jika pemilikan hartanah anda adalah hartanah strata) | Bagi meneliti status terkini bayaran kepada Badan Pengurusan. | |
6 | Kad Pengenalan Pemilik Hartanah | Bagi memastikan maklumat ada sama seperti di dalam Geran Tanah. | |
7 | Maklumat Nombor Lembaga Hasil Dalam Negeri | Bagi tujuan pendaftaran dan taksiran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). | |
8 | Sijil Kelahiran | Bagi membolehkan permohonan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri bagi penjualan aset tanah rizab melayu. | |
Senarai Dokumen oleh Pembeli Rumah
No | Dokumen | Penerangan | Sila Tick Jika Ada (✓) |
|---|---|---|---|
1 | Kad Pengenalan Pembeli Hartanah | Bagi memastikan maklumat ada sama seperti di dalam Geran Tanah. | |
2 | Maklumat Nombor Lembaga Hasil Dalam Negeri | Bagi tujuan pendaftaran dan taksiran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). | |
3 | Sijil Kelahiran | Bagi membolehkan permohonan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri bagi penjualan aset tanah rizab melayu. | |
Baca juga
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Bidang Amalan
Artikel Berkaitan
Terma dan Syarat Perlantikan Peguam
Cara Pindah Milik Rumah Selepas Cerai di Malaysia
5 Situasi Pemilik Bersama Tanah Perlukan Perintah Mahkamah di Malaysia
Debt Recovery Process in Malaysia (Proses Tuntut Hutang)
Love and Affection Transfer: Process of Giving Land or House Title to Children in 2025
Peguam Hartanah di Malaysia
Surat Kuasa Mentadbir di Malaysia
Guide to Appointing a Property Lawyer and the Cost of Fees for House and Land Purchase Transactions in 2025
Real Estate Lawyer In Malaysia
Simple Guide to Changing the Name on a Land and House Title After a Death
