Apakah Itu Duti Setem Dan Cara Pengiraan Duti Setem Bagi Membeli Rumah

Apa itu Duti Setem?
Jika anda pembeli rumah atau pun sebuah hartanah, anda akan dikenakan duti setem.
Duti Setem adalah sebuah cukai duti yang dikenakan oleh kerajaan di bawah Seksyen 4, Akta Duti Setem 1949 ke atas instrumen yang disenaraikan dalam Jadual Pertama akta tersebut.
Bayaran duti setem tersebut perlulah dibayar kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Duti Setem Yang Perlu Dibayar Bagi Transaksi Jual Beli Rumah
Bagi transaksi membeli rumah atau tanah, anda akan dikenakan cukai Duti Setem sebanyak dua kali iaitu bagi (a) Instrumen Perjanjian Jual Beli dan (b) Instrumen Perjanjian Pinjaman atau Pembiayaan Pembelian Hartanah (jika anda mengambil pinjaman).
(a) Duti Setem melibatkan Perjanjian Jual Beli
Kadar pengiraan Duti Setem Bagi Perjanjian Jual Beli adalah berdasarkan Item 32 dari Jadual Pertama Akta iaitu;
RM1.00 | bagi setiap RM100 dari nilai hartanah (jika nilai hartanah adalah tidak melebihi RM100,000) |
|---|---|
RM2.00 | bagi setiap RM100 nilai hartanah (jika nilai hartanah adalah melebihi RM100,000 dan tidak lebih daripada RM500,000) |
RM3.00 | bagi setiap RM100 nilai hartanah (jika nilai hartanah melebihi RM500,000 dan tidak kurang daripada RM1,000,000) |
RM4.00 | bagi setiap RM100 nilai hartanah (jika nilai hartanah melebihi RM1,000,000) |
(b) Duti Setem melibatkan Perjanjian Pinjaman atau Pembiayaan Pembelian Hartanah
Kadar pengiraan Duti Setem Bagi Perjanjian Jual Beli adalah berdasarkan Item 27 dari Jadual Pertama akta iaitu
RM0.50 | bagi setiap RM1,000 dari pinjaman (jika nilai pinjaman/pembiayaan adalah tidak melebihi RM250,000) |
|---|---|
RM2.50 | bagi setiap RM1,000 (jika nilai pinjaman/pembiayaan adalah melebihi RM250,000 dan kurang daripada RM1,000,000) |
RM5.00 | bagi setiap RM1,000 ((jika nilai pinjaman/pembiayaan adalah melebihi RM1,000,000) |
Akibat Tidak Membayar Duti Setem Perjanjian Jual Beli Rumah
Apa akibatnya jika kita tidak membayar Duti Setem ini?
Ada dua akibat.
Pertama sekali kita akan dikenakan penalti di bawah Akta Duti Setem 1949.
Keduanya apabila kita menghantar borang 14 Memorandum of Transfer iaitu dokumen untuk pindah milik geran tanah di Pejabat Tanah bagi mendaftarkan nama kita dalam geran tanah tersebut sebagai pembeli, pejabat tanah tidak akan meneruskan proses tersebut sehinggalah bukti pembayaran duti setem diturutsertakan bersama.
Kalkulator Duti Setem Beli Rumah
Kami di ASCOLAW ada menyediakan kalkulator untuk membolehkan anda mengira kos duti setem anda. Tekan sini untuk mengira kos duti setem -> https://www.ascolaw.co/blog/kiraan-penuh-kos-peguam-dan-lain-lain-kos-bagi-transaksi-prosedur-beli-rumah
Baca juga
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Bidang Amalan
Artikel Berkaitan
Terma dan Syarat Perlantikan Peguam
Cara Pindah Milik Rumah Selepas Cerai di Malaysia
5 Situasi Pemilik Bersama Tanah Perlukan Perintah Mahkamah di Malaysia
Debt Recovery Process in Malaysia (Proses Tuntut Hutang)
Love and Affection Transfer: Process of Giving Land or House Title to Children in 2025
Peguam Hartanah di Malaysia
Surat Kuasa Mentadbir di Malaysia
Guide to Appointing a Property Lawyer and the Cost of Fees for House and Land Purchase Transactions in 2025
Real Estate Lawyer In Malaysia
Simple Guide to Changing the Name on a Land and House Title After a Death
