Pengecualian CKHT Skim Penjana - Kelebihan Anda Menjual Rumah Subsale Sebelum 31 Disember 2021

Sebagai pemilik aset rumah sudah pasti kita ingin memaksimumkan pulangan dan keuntungan yang anda ingin peroleh dari penjualan rumah anda kepada pembeli.
Di bawah skim Penjana yang diumumkan kerajaan, sebagai pemilik rumah anda layak untuk mendapat pengecualian cukai CKHT atau nama penuhnya Cukai Keuntungan Harta Tanah.
Dalam artikel ini kita akan fahami;
Apakah itu CKHT atau Cukai Keuntungan Harta Tanah
Undang-undang CKHT
Cara Kira CKHT
Berapakah Kadar CKHT sebelum perlaksanaan Skim Penjana
Berapakah Kadar CKHT selepas perlaksanaan Skim Penjana
Syarat Pengecualian CKHT di bawah Skim Penjana
Tindakan Yang Perlu Anda Ambil Segera
Apakah itu CKHT atau Cukai Keuntungan Harta Tanah?
CKHT merupakan cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap penjual hartanah yang menjual hartanah subsale mereka.
Undang-undang CKHT
Undang-undang yang mengawal selia Cukai Keuntungan Hartan Tanah adalah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Cara Kira CKHT
Kerajaan mengenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah ke atas keuntungan yang diperoleh oleh Penjual hartanah apabila membuat transaksi pertukaran hakmilik aset kepada pembeli.
Pengiraan keuntungan adalah dengan membandingkan harga yang dibayar oleh Penjual ketika seseorang Penjual itu memeroleh nilai hartanah tersebut dengan harga yang diperoleh dijual kepada Pembeli sedia ada.
Berapakah kadar CKHT sebelum tawaran Penjana yang diumum Kerajaan?
Sebelum pengumuman pengecualian CKHT yang diumumkan kerajaan, seseorang penjual individu perlu membayar cukai CKHT berdasarkan nilai berikut;
Waktu Pelupusan Aset Hartanah | Kadar Cukai CKHT Berdasarkan Jadual 5 Akta CKHT |
|---|---|
Pelupusan dalam tempoh tiga (3) tahun selepas memeroleh aset hartanah | 30% |
Pelupusan dalam tahun ke empat (ke-4) selepas memeroleh aset hartanah | 20% |
Pelupusan dalam tahun ke lima (ke-5) selepas memeroleh aset hartanah | 15% |
Pelupusan dalam tahun ke enam (ke-6) selepas memeroleh aset hartanah | 5% |
Berapakah kadar CKHT anda boleh nikmati melalui Skim Penjana?
Jika anda memenuhi kesemua syarat skim Penjana bagi tujuan pengecualian CKHT, anda berupaya untuk menikmati kadar cukai CKHT seperti berikut;
Waktu Pelupusan Aset Hartanah | Kadar Cukai CKHT Berdasarkan Jadual 5 Akta CKHT (Sebelum Skim Penjana) | Kadar Cukai CKHT Dengan Skim Penjana |
|---|---|---|
Pelupusan dalam tempoh tiga (3) tahun selepas memeroleh aset hartanah | 30% | 0% |
Pelupusan dalam tahun ke empat (ke-4) selepas memeroleh aset hartanah | 20% | 0% |
Pelupusan dalam tahun ke lima (ke-5) selepas memeroleh aset hartanah | 15% | 0% |
Pelupusan dalam tahun ke enam (ke-6) selepas memeroleh aset hartanah | 5% | 0% |
Syarat Pengecualian CKHT di bawah Skim Penjana
Jika anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah, anda layak untuk mendapat pengecualian daripada pemakaian Jadual 5 Akta CKHT. Ini adalah berdasarkan Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2020.
Antara syarat yang perlu anda penuh bagi pengecualian CKHT di bawah Skim Penjana adalah;
Anda merupakan warganegara Malaysia;
Harta yang anda lupuskan (jual) adalah hartanah rumah kediaman dan tidak melebihi 3 buah harta kediaman;
Harta yang dijual itu tidak diperoleh oleh Penjual dalam tempoh 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021 melalui transaksi pindah milik antara suami dan isteri atau pemberi antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak,datuk nenek dan cucu;
Perjanjian Jual Beli ditandatangan dan disempurnakan selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021. Perjanjian ini mestilah disetemkan tidak lewat daripada 31 Januari 2022.
Proses-proses lain dalam Akta CKHT
Melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2020 ia telah menyatakan bahawa prosedur atau langkah lain dalam proses CKHT mengikut Akta CKHT tetaplah terpakai.
Tindakan Yang Ada Perlu Ambil Segera
Disebabkan masa yang suntuk oleh kerana Skim Penjana akan berakhir pada 31 Disember 2021, anda perlu mengambil tindakan segera untuk menikmati pengecualian ini. Antaranya;
Pastikan anda berhak untuk membuat transaksi dengan memastikan anda mempunyai geran tanah di atas nama anda. Jika geran tanah anda masih di atas nama pemaju anda perlu membuat Perfection of Transfer.
Pastikan anda mempunyai dokumen fizikal geran tanah anda.
Anda perlu memastikan bahawa pembeli sudah ada, layak membeli serta bersedia untuk membayar deposit dan permohonan pinjaman bank agar membolehkan transaksi berjalan dengan lancar.
Dokumen-dokumen percukaian hartanah rumah anda seperti Cukai Tanah dan Cukai Taksiran dibayar.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau nasihat lain, peguam ASCO Law sedia membantu anda.
Baca juga
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Bidang Amalan
Artikel Berkaitan
Terma dan Syarat Perlantikan Peguam
Cara Pindah Milik Rumah Selepas Cerai di Malaysia
5 Situasi Pemilik Bersama Tanah Perlukan Perintah Mahkamah di Malaysia
Debt Recovery Process in Malaysia (Proses Tuntut Hutang)
Love and Affection Transfer: Process of Giving Land or House Title to Children in 2025
Peguam Hartanah di Malaysia
Surat Kuasa Mentadbir di Malaysia
Guide to Appointing a Property Lawyer and the Cost of Fees for House and Land Purchase Transactions in 2025
Real Estate Lawyer In Malaysia
Simple Guide to Changing the Name on a Land and House Title After a Death
