Pengecualian Duti Setem Bagi Transaksi Hartanah

Kerajaan Persekutuan Malaysia telah membuat satu pengumuman penting dan besar yang melibatkan urusniaga transaksi hartanah yang memberi impak kepada kos pertukaran hakmilik hartanah melibatkan ibu bapa, datuk nenek, dan anak.
Pengumuman ini dibuat melalui Warta Kerajaan Persekutuan di bawah PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) NO. 3 (2023).

Pewartaan undang-undang ini adalah berkaitan dengan peruntukan yang dinyatakan dalam Seksyen 294(1) Kanun Tanah Negara Malaysia.
Mengikut seksyen ini, setiap instrumen pemindahan tanah yang dikemukakan untuk pendaftaran mesti diiringi satu dokumen asal yang resit adjudikasi mengikut peruntukan Akta Setem 1949 [Akta 378].
Dokumen asal yang diperlukan ini hanya boleh diperoleh jika sesuatu transaksi itu melalui pematuhahan yang ditetapkan di bawah Seksyen 4 Akta Setem 1949.
Seksyen 4 ini menyatakan bahawa transaksi bagi mana-mana instrumen yang disenarai dalam Jadual Pertama Akta Setem adalah tertakluk kepada cukai atau duti yang dinyatakan dalam akta yang sama (Akta Setem).
Dalam jadual tersebut telah dinyatakan bahawa urusniaga harta yang melibatkan hartanah adalah termasuk dalam jadual maka menyebabkan duti setem di bawah Akta Setem akan dikenakan.
Pun begitu kerajaan boleh buat kelonggaran dalam perkara ini.
Di bawah Seksyen 80 Akta Setem 1949, Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah, yang perlu diterbitkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, untuk mengecualikan instrumen tertentu instrumen dari cukai yang sepatutnya dikenakan di bawah Akta tersebut.
Pengecualian ini adalah dalam bentuk pengecualian penuh atau kadar-kadar tertentu bagi instrumen yang dikenakan cukai duti di bawah Akta Setem.
Berdasarkan kuasa yang ada, Kerajaan telah mewartakan PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) NO. 3 (2023).
Perintah ini untuk meringankan beban cukai duti setem ke atas jenis pemindahan harta dalam keadaan tertentu.
Untuk memudahkan pembaca, kami meringkas perkara yang anda perlu tahu dalam warta terbaharu ini:
Perintah ini mengecualikan cukai duti setem pada semua instrumen pemindahan mana-mana harta tidak alih (rumah, hartanah, dan lain-lain) dimana pemberian adalah pemberian sukarela ketika masih hidup (pemberian atas dasar kasih sayang) (maksudnya, pemindahan semasa hayat pemberi) daripada pemberi yang ditentukan (seperti yang dinyatakan dalam jadual 2) kepada penerima (seperti yang dinyatakan dalam jadual 3).
Dengan kata lain, tiada cukai duti setem untuk pemindahan harta! Tetapi tentu saja terdapat syarat-syarat untuk memenuhi kelayakan.
Pengecualian 100% cukai duti setem adalah terhad kepada cukai setem yang dikenakan ke atas mana-mana yang bernilai tidak lebih Satu Juta Ringgit. Walau bagaimanapun, jika harta tersebut bernilai lebih daripada Satu Juta Ringgit, sebagai 50% pengecualian cukai duti setem akan dikenakan ke atas duti setem bagi nilaian duti setem yang dikenakan ke atas baki nilai hartanah yang melebih Satu Juta Ringgit.
Pengecualian cukai setem yang dinyatakan di atas hanya akan terpakai jika:
a. Instrumen pemindahan harta tidak alih dijalankan pada atau selepas 1 April 2023.
b. Penerima adalah seorang warganegara Malaysia.
Selain daripada itu, hanya individu-individu berikut sahaja yang boleh menikmati faedah-faedah tersebut:
Pemberi (jadual 2): Ibu atau Bapa, Ibu dan Bapa, Anak, Datuk atau nenek, Nenek dan datuk, dan Cucu.
Penerima (jadual 3): Ibu atau Bapa, Ibu dan Bapa, Anak, Datuk atau nenek, Nenek dan datuk, dan Cucu.
Langkah-langkah ini diambil untuk menggalakkan dan memudahkan pemindahan harta, terutamanya di kalangan ahli keluarga dengan mengurangkan beban kewangan yang berkaitan dengan cukai duti setem.
Kami tidak pasti berapa lama dasar pengecualian ini akan berlangsung, jadi jika anda ingin menikmati kelebihan ini ambil tindakan segera.
Baca juga
Penafian
Kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat undang-undang, dan tidak seharusnya diandalkan sebagai pengganti rundingan profesional dengan peguam yang berkelayakan. Setiap kes undang-undang adalah unik, dan anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang khusus daripada pengamal undang-undang berlesen sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.
Walaupun kami berusaha untuk memastikan ketepatan dan kemas kini kandungan tersebut, ASCOLAW dan sekutunya tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, tentang kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang keandalan yang anda letakkan pada maklumat tersebut adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Bidang Amalan
Artikel Berkaitan
Terma dan Syarat Perlantikan Peguam
Cara Pindah Milik Rumah Selepas Cerai di Malaysia
5 Situasi Pemilik Bersama Tanah Perlukan Perintah Mahkamah di Malaysia
Debt Recovery Process in Malaysia (Proses Tuntut Hutang)
Love and Affection Transfer: Process of Giving Land or House Title to Children in 2025
Peguam Hartanah di Malaysia
Surat Kuasa Mentadbir di Malaysia
Guide to Appointing a Property Lawyer and the Cost of Fees for House and Land Purchase Transactions in 2025
Real Estate Lawyer In Malaysia
Simple Guide to Changing the Name on a Land and House Title After a Death
